Monday, March 2, 2009

perkataan "Allah " Sepatutnya dibenarkan untuk Umat Katolik

WHY CANT WE USE "ALLAH" ??



Saya secara peribadi berasa sangat sedih dan marah dengan keputusan U - Turn oleh menteri dalam negeri datuk seri syed hamid albar yang menarik balik keputusan untuk membernarkan perkataan "Allah" digunakan oleh umat Katolik di Malaysia .Sebagai seorang rakyat malaysia dan sebagai seorang peganut agama katolik , saya merasakan isu ini telah dipolitikkan oleh sesetengah individu untuk tujuan politik masing masing.Saya secara Keras ingin mengingatkan kerajaan sebagai kapisiti sebagai rakyat malaysia , Jangan bermain api dengan rakyat khususnya kami yang beragama Kristian , Or you are digging your own grave.Kita semua maklum bahawa perkataan "Allah" digunakan secara meluas di negeri sabah dan sarawak , Persoallan saya mengapa secara tiba tiba anda mengacau agama kami , apa salah agama katolik terhadap kau ! wahai Mr minister syed hamid albar .Dimana ianya tercatat dalam pelembagaan bahawa di dalam Malaysia kebebasan agama adalah terjamin , Kita mempunyai pemimpin kita sendiri seperti Tan sri dompok , Datuk siringan gubat yang dengan lantang menyuarakan bantahan terhadap keputusan menteri dalam negeri itu yang melarang Penggunaan perkataan"Allah" .Kita sedia maklum bahawa tan sri dompok ialah peganut Katolik , manakala datuk siringan gubat beragama SIB.

Jika seorang pemimpin Islam yang paling dihormati di malaysia mengatakan perkataan itu boleh digunakan oleh agama lain mengapa pula tidak dibenarkan ? Datuk seri Nik aziz sendiri telah menyatakan demikian.Sidang gereja juga mengatakkan perkataan "allah" digunakan meluas di negara indonesia .

Saya ada bercakap dengan seorang brother pasal hal ini pada minggu lalu , dia mengatakan bahawa jika seseorang itu betul betul ikhlas bersembayang , tidak kira allah atau pun tuhan ianya tiada bezanya , dan pandangan beliau isu ini cuba dimainkan untuk populariti individu .

No comments:

Post a Comment