Monday, March 2, 2009

Menyingkap kembali Resolusi Gaya 1994 !

Parti Demokratik sabah 1994
kIni Upko

Resolusi gaya merupakan satu peristiwa penting di mana bermula lahirnya party demokratik sabah PDS , Kini UPKO. Saya masih ingat ketika itu selepas penubuhan PDS , para pemimpin PDS ketika itu disambut dingin di lapangan terbang Kota Kinabalu dan kereta pemmpin -pemimpin tersebut dilontar batu di caci maki .Mereka diangggap pembelot kepada PBS .Tetapi siapa sebenaynya yang membelot ? mereka diarahkan menubuhkan party PDS pada resolusi gaya
tetapi akhirnya dikatakan pembelot .Saya masih ada Video tersebut.
Bagaimana Datuk pairin pada ketika itu boleh mengatakan tidak mengarahkan penubuhan PDS ? Sedangkan terang terang bukti beliau ada di dalam video dan diadakan di kediaman rasmi beliau.
Sejarah Ini harus diingat oleh kita.
Resolusi Seri Gaya merupakan satu ketetapan untuk menubuhkan Parti Demokratik Sabah (PDS) yang ditandatangani oleh hampir semua Wakil Rakyat Parti Bersatu Sabah (PBS) pada malam 14 Mac 1994 di Seri Gaya. Seri Gaya ialah tempat kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah, iaitu tempat kediaman Datuk Joseph Pairin Kitingan ketika itu.
Ketetapan itu telah dibuat selepas pucuk pimpinan Barisan Nasional mengatakan bahawa mereka tidak lagi akan menerima PBS sebagai parti komponen Barisan Nasional tanpa mengira sama ada Datuk Joseph Pairin masih memimpin parti itu atau tidak. Penolakan ini diakibatkan oleh peninggalan PBS secara tiba-tiba daripada Barisan Nasional lima hari sebelum pembuangan undi semasa pilihan raya umum pada tahun 1990. Oleh itu, Wakil-wakil Rakyat PBS telah membuat ketetapan untuk menubuhkan sebuah wadah kesinambungan untuk perjuangan politik kaum Kadazandusun Murut

Antara mereka yang menandatangani resolusi tersebut ialah:
Datuk Adib Sigoh
Datuk Baggai Basirun
Datuk Bernard Giluk Dompok
Datuk Ewon Ebin
Geroge Sangkin
Gisin Lombut
Jahid Jahim
Datuk Joseph Pairin Kitingan
Joseph Sitin Saang
Datuk Kadoh Agundong
Datuk Lawrence Gimbang
Datuk Maichel Asang
Markus Majihi
Dr. Maximus Ongkili
Datuk Monggoh Orow
Dr. Othman Minudin
Radin Maleh
Saibul Supu
Siringan Gubat
Datuk Steven Kutai
Datuk Tan Yong Gee
Datuk Wences Angang
Datuk Wilfred Bumburing

Jawatankuasa penaja
Dalam mesyuarat pada malam 14 Mac itu yang berlarutan sehingga 15 Mac, sebuah jawatankuasa penaja PDS telah ditubuhkan yang terdiri daripada:
Presiden : Datuk Bernard Dompok
Timbalan Presiden: Datuk Wilfred Bumburing
Setiausaha Agung: Dr. Maximus Ongkili
Bendahari Agung: Datuk Monggoh Orow
Ketua Pemuda: Jahid Jahim
Ahli-ahil Majlis Tertinggi: Kesemua Wakil-wakil Rakyat yang menandatangani Resolusi Seri Gaya 14 Mac.
Berikutan kelulusan ketetapan itu, dokumen pendaftaran PDS telah dibuat pada sepanjang hari 15 Mac 1994, diketuai oleh Dr. Maximus Ongkili dan Datuk Bernard Dompok. Pada masa yang sama, satu lagi perbincangan telah diadakan di tempat kediaman peribadi Datuk Joseph Pairin yang memutuskan penarikan balik hasrat mereka untuk menubuhkan PDS.
Walau bagaimanpun, sebahagian besar daripada Wakil-wakil Rakyat sudah pun berada di Kuala Lumpur pada 15 Mac seperti yang telah dipersetujui dalam Resolusi Seri Gaya 14 Mac. Pada pagi 16 Mac, proses dokumentasi pendaftaran PDS diteruskan. Dr. Maximus kemudian tidak bersetuju dengan tindakan itu dan beliau dikatakan menyimpan Resolusi Seri Gaya 14 yang telah ditandatangani.

2 comments:

  1. ....seperti yang telah disusun-rapi dalam perancangan "kuasa" tersebut maka seperti yang dikehendaki telah timbullah "kebingungan..confusion" dalam minda hierarki kepimpinan KDM PBS waktu itu justeru pelbagai keputusan mendadak yang tidak rasional bermain dalam kepala mereka.

    Akhirnya strategi "pecah dan perintah" yang memang dari awal-awal lagi....seawal kewujudan USNO....telah berjaya memecah-belahkan perpaduan KDM.

    Diadakan Adam dan Hawa di muka bumi ini oleh Allah....manusiawi sudah pada lazimnya tewas pada godaan sepertimana yang ditonjolkan oleh Hawa! Maka begitu jugalah mereka-mereka yang dipilih rakyat sebagai pemimpin!

    Ini jadinya apabila diringkaskan...."Evil often tends at first to hide its ruthless nature, masquerading as goodness and justice. That's why we have to take a stand without delay when we become aware of injustice."

    ....mungkinkah Max dari dulu memang "benih" yang ditanam?

    ReplyDelete
  2. Mungkin sentimen pada waktu itu membuat orang kita sanggup membuakan mata dan menuntup telinga walaupun kebenaran berada di depan mata.

    San tot buli tahan comment ko ni .=)

    ReplyDelete