Saya secara peibadi berasa bimbang akan nasib masyarakat pribumi @ orang asal @ Orang kita ,Yang berkemungkinan menjadi ‘pelarian di negeri sendiri’, jika keghairahan menjual tanah gagal dikawal maka masyarakat pribumi bakal menghadap masalah besar kelak.
Dalam tempoh 10-20 tahun akan datang , masa depan penduduk Pasok Momugun ini berada di tahap Kritikal dan menakutkan. Penjualan tanah di daerah pendalaman ini semakin berleluasa dan menjadi jadi , ekoran daripada tawaran harga tinggi yang diberikan oleh pembeli. Contoh Rm 2 ribu Seekar juga sudah cukup lumayan bagi orang orang kampung ini.
Pada masa ini ,kita dapat menyaksikan banyak geran geran tanah telah berpindah tangan kepada pembeli-pembeli daripada semenajung. Bagi pendapat saya proses penjualan tanah harus diperketatkan , contoh mengenakan syarat syarat tertentu dalam usaha menyelamatkan masa Peduduk Pasok momugun.Saya juga amat kesal kerana ada Orang kita sendiri yang sanggup menadi Orang tengah bagi pembeli dengan orang Kampung yang menjadi dalang dan pengkhianat dalam hal ini.
Penduduk Kampung harus ingat tanah yang dimiliki oleh penduduk merupakan amanah yang diberikan oleh kerajaan. Bukan semua orang diberi tanah , dan ia harus dijaga dengan baik, dan sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan sosio ekonomi ,sumber pendapatan mereka, disamping menjadi tanah untuk generasi mereka pada masa akan datang.
Thursday, November 12, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)