Isu Pendatang tanpa izin di sabah sering kali kedengaran di mana sahaja kita berada ,Ke kiri mereka , ke kanan mereka , ke depan mereka , kebelangkang pun mereka , Negeri Sabah telah dilanda dengan fenomana dimana kita dibanjiri dengan ratusan ribu mereka yang mendapat kad pengenalan palsu daripada orang sabah sendiri yang berkerja di jabatan jabatan yang berkenaaan. Mengapa mereka melakukan perbuatan yang mampu mengancam hak hak orang sabah suatu hari nanti , Hal ini pula didukung dengan cerita dimana beberapa pemimpin pemimpin kanan kerajaan terdahulu juga yang menghalalkan pemberian kerakyatan kepada pendatang pendatang ini.
Masalah pendatang tanpa izin ini bukan la masalah baru , ianya bermula sejak dari zaman berjaya memerintah lagi ,Apa kah komitmen kerajaan pusat untuk pembanteran gejala pendatang tanpa izin ini , kabinet menubuhkan Pengerusi Pasukan Petugas Khas Menangani Pendatang Tanpa Izin (PTI) untuk menangani isu ini , Seorang bekas timbalan ketua menteri dan sekrang memegang jawatan sebagai timbalan menteri Tan sri joseph kurup pernah mencadangkan supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz, digantikan sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Khas Menangani Pendatang Tanpa Izin (PTI) , apakah relevannya seorang daripada semenanjung diberi tugas untuk menyelesaikan isu ini ?
Tiada kah anak watan sabah yang mampu untuk mengetuai jawatankuasa khas ini yang secara logiknya perlu daripa salah seorang anak watan yang benar benar mampu dan memahami untuk masalah isu pendatang tanpa izin ini secara tegas .Kita mempunyai banyak pemimpin yang berkaliber , saya akui menangani masalah Pendatang tanpa izin bukan la tugas yang mudah seperti melontar kata kata kritikan terhadap pemimpin peminpin tertentu.
Setiap kali terjadinya jenayah jenayah di sekeliling kita seperti pecah masuk , rompakan , mencabul , merogol , membunuh , Menjual bahan bahan lucah di merata -rata , menjual batu syabu , dan dadah di merata-rata tempat , siapakah yang pertama kali akan muncul di dalam minda kita ? tentulah pendatang tanpa izin , kerana mereka la punca dan pusat kejadian jenayah jikalau mengikut statistik .Satu perkara yang paling sukar untuk dilakukan ialah menanggap bahawa bukan semua Pendatang tanpa izin ada yang baik.secara peribadi saya sendiri pernah jumpa beberapa orang pendatang tanpa izin yang baik baik , yang niat mereka datang ke sini hanya untuk mencari nafkah hidup ,dan bukan nya berniat melakukan jenayah.
Siapakah Pendatang tanpa izin ? Kita adalah PTI jika kita berada di Negara orang lain tanpa dokumen perjalanan yang sah dari sisi undang undang .Jika orang lain masuk ke Negara kita dengan tanpa dokumen , mereka juga secara automatic akan dianggap sebagai PTI (Pendatang Tanpa Izin) . Tidak kira orang filipina , indonesia , myamar ,China mahupun pakistan .
Susah betul kah untuk masuk ke negara kita secara sah ? Sebenarnya saya tidak menafikan bahawa bukan senang untuk menjamin seorang pekerja asing , Mereka selalunya menggunakan Middle man, kalau kamu mahu mengurus sendiri , mungkin lima enam kali pergi ke pejabat berkenaan pun belum tentu selesai menjamin , Hal ini kerana pegawai pegawai disana ada yang mengamalkan Korupsi ! Saya pernah mengalami situasi ini ketika mengikut keluarga saya untuk menjamin seorang perkerja kami , ada seorang pegawai yang cadangkan saya dapatkan seorang runner untuk memudahkan kerja kami .Bayar saja semua beres kata seoang pegawai itu .INI KAH NEGARA BERTAMADUN ?
Sebenarnya pada pendapat saya , bertempiaran bah pendatang tanpa izin dimana mana , cuba kita pergi ke sinsuran , pergi ke segama , pergi pusat beli belah di center point , di sepanggar sampai ada perkampungan pendatang tanpa izin.Sebenarnya perlaksanaan membanteras pendatang tanpa izin ini yang kurang berkesan , Satu lagi masalah banyak pendatang tanpa izin ini sudah mempunyai hubungan keluarga dengan saudara saudara mara kita , jadi perasaan belas kasihan itu ada disana , salah siapa ?
orang orang kita sendiri lebih suka mengupah pendatang tanpa izin kerana yuran perkhidmatan yang murah dan cepat , saya bagi contoh , ingin membuat sebuah kandang anjing 10 x 20 , saya minta tolong seorang kawan mendapat Quatation berapa harga mereka tawarkan , kawan saya katakan kalau PTI RM 400 sahaja gaji pajak , seorang kontrator tempatan menawarkan harga RM 3000 , What the hell !! Pajak 3000.Jadi manakah pilihan saudara ?
Apa kunci kunci penting yang ingin saya sampaikan disini , Kerajaan sekarang harus bertindak aggresif untuk menangani hal ini , UBAH SEBELUM PARAH !!!
p/s jangan cakap sahaja besar , apa yang saya nampak beberapa pemimpin yang hanya tahu bercakap pasal pendatang tanpa izin tetapi tindaakan tiada ,hanya ingin menagih populariti politik murahan.
Wednesday, March 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment