Thursday, April 23, 2009

Pak Lah Bakal Kosongkan MP Kepala Batas ?

Megikut Sumber sumber yang boleh dipercayai Pak lah akan Mengundurkan diri sebagai MP kepala batas dalam tempoh terdekat ini .

Pak Lah mula menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas sejak tahun 1978 menjadikannya antara Ahli Dewan Rakyat paling lama berkhidmat iaitu selama lapan penggal berturut-turut.
PakLah diwar warkan akan meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Kepala Batas selewatnya pada awal Jun 2009 iaitu menjelang sidang Dewan Rakyat.

Sejarah Politik Pak lah Secara Ringkas :

Pak Lah pernah digugurkan daripada Kabinet mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1987 walaupun memenangi jawatan Naib Presiden Umno kerana beliau mengambil keputusan untuk memihak i Team B yang diketuai oleh Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah namun beliau tidak menyertai Semangat 46 .Pak lah juga memenangi kerusi Naib Presiden Umno pada 1990 menyebabkan Tun Dr Mahathir tiada pilihan dan terpaksa melantik beliau ke Kabinet sebagai Menteri Luar. Seterusnya Timbalan Perdana menteri Sehingga la memegang tampuk tertinggi Pemerintahan Negara Sebagai Perdana Menteri .
Beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Untuk Memberi laluan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil alih tampuk pemerintahan Negara.

Pada rancangan awal beliau sepatutnya meletakkan jawatan Ahli Parlimen Kepala Batas ketika melepaskan jawatan Perdana Menteri. Agak mengharankan juga jika beliau yang berpangkat Tun duduk bersama-sama dengan Ahli Parlimen yang lain , Daripada pada kerusi perdana menteri dipindahkan mungkin di sebelah MP Kinabatangan ? YB Sabah yang lantang Bersuara ..

Apa Apa pun Kita Tunggu dan Lihat , Jika ada Pilihanraya di Parlimen Kepala Batas sekalipun , saya rasa tiada Masalah untuk BN menawan kerusi itu semula jika diambil kira majoriti Pak Lah pada Pilihanraya yang Lalu.

Wednesday, April 22, 2009

Mat Rempit bakal Tergugat dengan Sheik Rempit !!

Latest sport in Saudi Arabia .See The Video.

Meantime, Saudis dont really have a care in the world. Watch the video. Turn up the sound, music is ok.

WATCH THIS >> Sheik Rempit <<
GO Sheik Go Sheik , Sekali terlepas see you in Hell.
I wonder if there would be anyone doing this stun in Jalan Kampung Bundu Tuhan ? Hehe

Anwar Ibrahim :Tun Mahathir, Perosak Agama Dan Budaya Bangsa!

Anwar Ibrahim :Tun Mahathir, Perosak Agama Dan Budaya Bangsa!



Hari ini UMNO menjadi parti Melayu yang mencatat diari padat dengan penipuan, pendustaan, penindasan, pengkhianatan dan kesombongan yang maha dahsyat. UMNO telah menyebabkan bukan hanya Melayu yang jatuh ke lembah kehinaan, malahan UMNO telah mencalar dan memusnahkan keagungan Agama Islam, ketuanan Bangsa dan Bahasa Melayu serta kedaulatan Negara.

UMNO cemar dan musnahkan segala impian murni rakyat Malaysia lantaran tindak-tanduk pemimpin mereka masakini yang rakus dan haloba.

Watak utama yang meragut keindahan budaya Melayu dan keharmonian bermasyarakat rakyat Malaysia, tidak lain adalah Mamak yang telah diangkat oleh UMNO menjadi Melayu - Mahathir Kutty bin Mohamed Iskandar Kutty, bekas presiden UMNO!

Rakyat Malaysia dan masyarakat dunia menyaksikan dengan rasa hampa, malu dan meluat segala tindak-tanduk Tun Mahathir yang telah dengan lantang dan biadap bukan hanya mengkritik malahan menghina dan menjatuhkan maruah serta nama baik Dato’ Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi serta keluarganya.

Belum sampai setahun Dato’ Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi mentadbir negara, Mahathir telah menelanjangkan segala kesilapan dan kealpaan Abdullah seolah-olah beliaulah yang maha benar dan maha betul. Tidak puas dengan hinaannya terhadap Abdullah Badawi yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia, Mahathir turut dengan sombong dan egonya mengheret menantu Abdullah Badawi,
Khairy Jamaluddin dan ke dalam kitap hinaannya.

Beberapa tahun sebelum beliau ‘terpaksa’ melepaskan jawatan presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad bersama ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Setiausaha politiknya ketika itu telah dengan penuh kezaliman dan kesialan hati bukan hanya menfitnah, tetapi turut mengkhianati Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta keluarganya.

Perlakuan Tun Mahathir yang jelas menonjolkan kebiadapan dan terlalu bercanggah dengan budaya Melayu serta peradaban rakyat Malaysia ialah semasa perhimpunan agong UMNO Mac lalu.

Lantang dengan nada sombong dan bongkaknya Tun Mahathir menyatakan bahawa beliau tidak akan menghadiri perhimpunan tersebut. Apa yang berlaku beberapa jam setelah Dato’ Seri Najib Razak dipilih menjadi presiden UMNO menggantikan Dato’ Seri (Tun) Abdullah Badawi, Mahathir menyertai perhimpunan tersebut. Perlakuan ini jelas menunjukkan sikap sebenar Mahathir Mohamad.

Tun Mahathir dengan jelas telah melafazkan perasaan dendam, busuk hati dan kehinaan tingkah-lakunya melalui perlakuannya itu. Bukankah kehadirannya hanya untuk menunjukkan bahawa beliau ‘membenci’ Dato’ Seri Abdullah Badawi? Wahai Tun Mahathir, apa yang Tun lakukan pada hari tersebut bukanlah budaya Melayu dan amat bertentangan dengan adab masyarakat Malaysia.

Dato’ Seri Abdullah Badawi sehingga hari terakhirnya sebagai Perdana Menteri telah berulang kali menyatakan permohonan maaf kiranya beliau bertindak sesuatu yang tidak sehaluan dengan Tun Mahathir. Apakah permohonan maaf Abdullah patut dibalas dengan penghinaan oleh Mahathir?

Wahai Tun Mahathir, kamulah insan berketurunan Mamak yang telah dinobatkan sebagai Melayu oleh UMNO dan kamu juga telah bertindak seperti peribahasa Melayu “Kacang yang lupakan kulit”. Kesombongan Tun telah mencapai tahap yang boleh merosakkan agama Islam, bangsa Melayu serta kesejahteraan rakyat Malaysia.

Mulai hari dan ketika ini, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar mengenepikan secara total segala pandangan Tun Mahathir kerana ianya banyak yang bakal menjahanamkan agama, bangsa dan negara tercinta!


My Say :

ernnn Anwar Ibrahim penyelamat Agama , Budaya dan Bangsa ? Siapa yang memburukan Malaysia di mata dunia ?

Tuesday, April 21, 2009

Speaker DUN Perak Being control by DAP YBs

Di zaman moden ini , sistem seperti pesanan segera sebagai contoh MSN messenger , Yahoo Messenger Skype dan banyak lagi Instant Messaging teknologi yang sedang digunakan . Apa yang anda nampak di bawah adalah Perhubungan diantara dua orang individu yang menggunakan sistem tersebut

Lihat Instand messanging antara Speaker Dun Perak dengan YB Nga Kor Ming , pada hemat saya seperti speaker Dun Perak ini dibonekan dan hanya mengikut telunjuk YB Nga ,

Boleh tahan YB NGA boleh arah speaker Tutup Mic YB Barisan Nasional .

SHAME ON YOU TUAN SPEAKER DUN PERAK YB V SIVAKUMAR !!!

http://mahaguru58.blogspot.com/2009/04/dewan-undangan-negeri-perak-transkrip.html
Sila masuk untuk mendapatkan transkrip yang hangat meletup ni , terima kasih.

Jika transkrip ini merupakan keadaan sebenarnya kepada punca pergolakan politik di Perak, m tidak hairanlah kerana ada 'BIG Taiko ' yang berperanan mengarah si Speaker Sivakumar.
Ada orang yang berperanan menganggu beliau menjalankan tugas beliau sebagai seeorang speaker DUN Undangan Negeri

Lihat yb Nga mengatakan I REMOVE YOU !! kepada
Sivakumar dalam transkrip di atas ..besar sungguh Kuasa YB nga ni ahhh .Speaker pun dia boleh remove .Ayat yang berbaur ugutan pada hemat saya .

Terpulang la pada masing masing untuk menilai .


Monday, April 20, 2009

Dr Mahathir Mohamad is prepared to lead Barisan Nasional’s (BN) machinery for the Penanti by-election

Dr Mahathir Mohamad is prepared to lead Barisan Nasional’s (BN) machinery for the Penanti by-election . They keep pressuring on Umno president Datuk Seri Najib Razak to abandon his idea of skipping the expected vote in Dun Penanti Penang .

Dr Mahathir former prime minister believes he can defeat PKR in the stronghold of his Long lost-enemy Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dun Penanti lies within Anwar’s Permatang Pauh parliamentary constituency.

Dr Mahathir argued that to concede defeat to the opposition would be a sign of weakness. He said Lawan Tatap Lawan , Mana nak letak Maruah BN ? Kita bukan parti pengecut , tempat kubu kuat PAS di Terrenganu kita boleh tawan , Dun Penanti Tidak Mustahil , Let me Lead BN Machinery .

Last week, PKR’s Fairus Khairuddin, who also resigned as Penang’s deputy chief minister amid graft allegations, resigned as Penanti assemblyman and paved the way for a by-election.


Rumour that Tompinai Anwar wants to be the Pakatan candidate in DUN Penanti
if he wins, DSAI then wants to be CM of Penang, replacing the Guang eng fellow.


Isnt that an interesting rumor ?

I would like to see Mahathir contest againts Anwar at DUN Penanti , Pkr people said Anwar willing to give handicap 2500 majority vote if mahathir contest ..Another Kadai kopi talk ..

Anaway , i personally think Mahathir can get PKR in trouble , dont count him out yet.. =)