Wednesday, March 24, 2010

BN Tidak lagi Sesuai Dengan Asparasi Rakyat ?

Saya baru sahaja bercerita dengan seorang pemimpin kanan parti PKR di sabah iaitu Tuan Ansari , Saya bertanyakan berapa kah besar peluang parti PKR untuk menawan negeri di bawah bayu Sabah . Beliau menerangkan bahawa seluruh jentera Pari Pakatan Rakyat itu sudah bergerak dan berkerja sebaik yang boleh walaupun kekurangan dana dan disekat kemudahan oleh parti parti kerajaan , saya andaikan seperti balai raya dan macam macam lagi .
Ansari juga mengatakan Terserah pada rakyat.Kami buat kerja dan mereka yang buat keputusan.

Namun beliau juga tidak menolak bahawa Banyak YB YB di dalam Barisan Nasional ini orang yang baik baik dan berjuang untuk rakyat tetapi kata beliau
, (saya pun kalau jadi MP BN tidak boleh cakap banyak kecuali kalau tidak mengharapkan projek atau bertanding semula.Sedih, tapi itulah budaya BN.Bukan semua pemimpin BN tidak baik tetapi budaya mereka sudah tidak sesuai dengan asparasi rakyat . )

Saya juga sempat berbicara dengan Tuan Moses Iking, beliau mengatakan mereka sedang giat menjalankan aktiviti di bahagian masing masing..Kata tuan Moses kalau d izinkan dan masih sihat dan mampu, Kenapa tidak ? . I still feel passionate about Malaysia,especially 4 Sabah to be properly governed. The people deserve such leadership.There r many good leaders in the present Govt but the present SYSYEM tie up their hands to b better leaders..

Kata mereka lagi , mana kamu pernah dengar wawasan 2020 lagi , kerana malaysia tidak mampu mencapai wawasan 2020 dalam keadaan sekarang , mereka mengaburkan mata rakyat dengan konsep 1 Malaysia .


Persoallanya benarkah jika kita jadikan PKR Kerajaan mereka mampu mengubah segalanya ? kata kata bagi la peluang 5 tahun kepada kami , kalau kami tidak mampu tukar lah balik kepada BN , soal pembagunan dan masa depan negara bukan boleh diperjudikan ..

Kata seorang lelaki tua di Kota Kinabalu ( politik tidak kotor , tapi orang politik yang mengotorkan politik dengan cara mereka. Yang kaya semakin kaya , yang miskin semakin miskin)