Friday, October 2, 2009

Fay playing Piano and Sing



Selamat hari Jumaat kawan kawan sekalian .Disini saya ingin share satu video dimana Fay Fiona Constantine Limbai memainkan saya sebuah lagu live performace kununnya di Rumah saya.Biasa la kalau mau kasih buang tension .Hehehe.=) Njoy , Song from Westlife IF your Heart's not in it.
=) God Bless You.

Penggunaan istilah ‘Allah’

Sekadar untuk pengetahuan tambahan.
Penggunaan istilah ‘Allah’

Untuk menghormati keputusan sebulat suara yang telah dibuat dalam mesyuarat Ketua-ketua Gereja Malaysia tahun 1985 (yang ditaja oleh PBM) dan Perundingan Kuching antara Ketua-ketua Gereja tahun 1989 (yang ditaja oleh Persekutuan Kristian Malaysia (Christian Federation of Malaysia) mengenai penggunaan istilah ‘Allah’, PBM selaku suruhan Gereja-gereja Malaysia, mengakuri keputusan tersebut. Dari sudut ilmiah pula, istilah ‘Allah’ yang dipinjam dari Bahasa Arab sebenarnya serumpun dengan nama Tuhan dalam Bahasa Ibrani – ‘El’, ‘Elohim’, ‘Eloah’ seperti dalam Perjanjian Lama Ibrani. Penganut Kristian di Arab, sebelum wujudnya agama Islam, telah berdoa kepada Allah, sementara ‘Allah’ pula digunakan oleh penulis teologi Kristian dalam Bahasa Arab. Penggunaan istilah ‘Allah’ oleh penganut Kristian wujud sebelum adanya Islam. Tambahan pula, ‘Allah’ adalah nama Tuhan dalam Alkitab Bahasa Arab yang lama mahu pun yang moden (Versi Arab Terkini). Oleh itu, penganut Kristian di Mesir, Lebanon, Iraq, Indonesia, Malaysia, Brunei dan tempat-tempat lain di Asia, Afrika dan sebagainya, di mana bahasa yang digunakan ada hubungan dengan bahasa Arab, telah menggunakan istilah ‘Allah’ bila merujuk kepada Tuhan Pencipta dan Bapa kepada Tuhan Yesus Kristus. Akhirnya, dalam bahasa Melayu dan Indonesia, perkataan ‘Allah’ telah digunakan selama ini: pada mulanya dalam edisi cetak Injil Matius dalam Bahasa Melayu (Ruyl, 1629), kemudiannya dalam Alkitab Melayu lengkap yang pertama (Leijdecker, 1733), seterusnya dalam Alkitab Melayu lengkap yang kedua (Klinkert, 1879) dan terjemahan-terjemahan selepas itu.

Jadi secara teknikal nya memang tidak ada sebab penggunan istilah Allah oleh agama agama lain di malaysia tidak dibenarkan .Kerajaan harus mengambil serius perkara ini.
Mana kebebasan beragama kalau begini ?
http://www.bible.org.my/updates/body

Thursday, October 1, 2009

Khairul Azman Mohamaed Mengharap Simpati Anda

Sudut hati Saya terpanggil untuk menulis di dalam blog ini bahawa bekas WIRA negeri Sabah memerlukan simpati para peyokong negeri sabah untuk membiayai pembedahan Lutut beliau.

Bekas penjaga gol itu perlu RM16,000 untuk menjalani pembedahan

JIKA ikut perasaan hati, dia masih mahu menabur bakti kepada negara. Jauh di lubuk hatinya masih menyimpan rasa sayang akan pasukan kebangsaan.

Namun, kini pada usia 41 tahun Khairul Azman Mohamad sudah tidak mampu memerah keringat membantu pasukan negara, apatah lagi kecederaan lutut yang tidak pernah susut memaksa dia melupakan terus niat berkenaan.

Namanya tidak perlu diperkenalkan kerana menjadi penjaga gawang antara digeruni satu ketika dulu.

Dia mula berjinak dengan bola sepak pada usia 17 tahun dan bangga dipilih menyertai skuad remaja Pahang pada 1985. Ketangkasannya melayangkan badan menepis bola membantunya dipilih pemain terbaik remaja dan menyarung jersi negara pada Kejohanan Sekolah Asean di Jakarta, tahun yang sama sebelum menyertai skuad kebangsaan pada 1991.

Sejak itu, dia menunjukkan peningkatan mendadak dan menjadi sebutan peminat tanah air, termasuk selepas membantu Pahang menjuarai Piala Malaysia 1992 serta dipilih pemain terbaik Piala Malaysia pada 1996 mewakili Sabah.

Kepada warga HMC dan peminat bolasepak negara yang prihatin boleh menderma menerusi akaun Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) untuk kempen 1Ringgit 1Malaysia, 564847005696 (Maybank) atau disalurkan menerusi SMS dengan menaip YAKEB1, YAKEB2, YAKEB5 atau YAKEB10 (RM1, RM2, RM5, RM10) ke 33898.tujuan utk bagi peluang kpd penyokong sabah yg menghargai jasa khairul utk memberi sumbangan pada beliau melalui YAKEB...

Saya masih ingat ketika saya berumur 12 tahun , saya selalu pergi ke stadium likas untuk menyokong jika ada perlawanan bola berkaitkan SABAH.Seingat saya saudara Yanick Anuar dan teman seperti lionel , Jomey yang selalu menenmankan saya di stadium.Ada masa kami sanggup jalan Kaki pulang pada waktu malam , maklum la masa itu budak budak lagi..hehehehe.=)

Semoga Khairul azman Cepat sembuh untuk menempuhi penyakit beliau. =)

Heartbroken Girl Hang herself!

Sabah dikejutkan lagi baru baru ini dimana seorang gadis jati negeri dibawah bayu membunuh diri dengan menggantung dirinya dengan tali seterika dipercayai akibat pertengkaran dengan teman lelakinya yang ingin memutuskan hubungan mereka .

after sending her last SMS text to the boy, which read, "jangan tinggalkan aku (don't leave me)", the heartbroken secondary student took an ironing cord and hung herself from the ceiling of her room at a longhouse in Kg Tinangol . an ambulance had rush her to the district hospital but she had already died.They found the girl handphone with no reply from her boyfriend.


bila cinta monyet berlaku, perpisahan monyet juga akan berlaku .

Renung renungkan peristiwa ini dan hayati lagu paling ngam untuk kes ini.


ST12 – Saat Terakhir

tak pernah terpikir olehku
tak sedikit pun ku menyangka
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

begitu sulit ku menyangkal
begitu sakit ku rasakan
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

di bawah batu nisan kini kau tlah sandarkan
kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup ini terjadi
karna ku sangat cinta

ini lah saat terakhirku melihat kamu
jatuh air mataku menangis pilu
hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih

satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

satu jam saja ku telah bisa
sayangi kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

di nantiku

satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

satu jam saja ku telah bisa
sayangi kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

Bala pilihanraya kecil BN berakhir disini ?

Kita sedia maklum bahawa Barisan Nasional Kalah Hampir Semua Pilihanraya kecil yang ditandingi nya, Seingat saya hanya DUN Batang Aii sarawak sahaja yang berpihak kepada Barisan Nasional .

Kita akan menghadapi satu lagi pilihanraya kecil di bangan Pinang ekoran kematian penyandangnya , Barisan Nasional mencalonkan Bekas menteri besar Negeri sembilan selam 22 tahun Tan sri Isa Samad sebagai calon BN pada kali ini. Hal ini mendapat bantahan kuyat daripada Tun Mahathir sendiri yang menyeru BN mencalonkan calon bersih , ISA pernah disabit kesalahan Politik wang dalam UMNO, Ketika berliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dan mendapat undian tertinngi .Jika beliau tidak tertangkap kerana politik wang sudah tentu beliau adalah timbalan Perdana Menteri Malaysia sekrang.

Apa yang telah saya kaji sebagai seorang pemerhati politik , Rakyat di Bangasn Pinang Majoritinya mahu ISA SAMAD sebagai calon mereka .Walaupun terhadap usaha untuk tidak mencalonkan beliau oleh Musuh dalam Selimut dalam Barisan Nasional yang berasa gentar posisi mereka akan dicabar kalau Isa kembali ke arena Politik .
Isa sudah menjalani hukuman beliau , berikan la beliau peluang ? Sedangkan Anwar yang didakwa kesalahan rasuah juga dipilih semula oleh rakyat di Permatang Pauh.

Jika Barisan Nasion al mencalonkan pemimpin lain dan bukan Isa samad pada hemat saya , konsep satu malay Rakyat didahulukan pencaipaian diutamakan tidak akan dapat dicapai.Rakyat di bangan Pinang Mahukan Isa , anak jati bagan pinang ini akan berhadapan dengan persuruh jaya pas Negeri Sembilan yang menimbulkan Isu ORang Luar .

secara keseluruhan 33.7% daripada 13,664 pengundi adalah undi pos. Satu jumlah yang signifikan ,sungguh besar jumlahnya, Anwar sudah mengatakan bahawa tentera dan polis akan memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat.

Factor sokongan kaum Cina dan India yang merupakan 30% daripada pengundi Bagan Pinang sekali lagi mendapat perhatian. Kaum Cina tidak sokong BN di 8 pilihanraya kecil yang lalu, terutama di Bukit Gantang,Dimana nizar menang . Kuala Terengganu dan Permatang Pasir. Kaum India pula bersikap tidak menentu. Isu kepala lembu merupakan penghinaan terbesar kepada kaum India. dan pembinaan kuil mungkin mempengaruhi sokongan kaum India. Macam-macam dituntut kaum India, tapi sokongan entah kemana.

Bagan Pinang: 30% undi bukan Melayu akan menjadi penentu. Ujian sebenar slogan 1Malaysia?

Crowd estimates vary from 10,000 to 15,000 but one thing for sure, the food was catered for 10,000 people and the serving trays were licked clean well before the announcement itself...

Fikir fikirkan lahh....Kita tunggu dan Lihat .