Kita sebenarnya tidak la ketandusan pemimpin , tetapi mentaliti orang kita yang hanya ingin menjadi ketua punca bangsa kita mundur dan berada di belakang .
Antara pemimpin pemimpin ulung Kadazandusunmurut iaitu Huguan Siou kita Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Dr. Maximus J. Ongkili , Tan Sri Bernard Dompok, Dtk Wilfred M. Bumburing , Tan Sri Joseph Kurup , Datuk Dr. Jeffrry Kitingan dan dua Menteri Kdm di Kabinet negeri Datuk Ewon Ebin dengan Datuk Masidi Manjun .Kita juga ada beberapa pemimpin Senior yang boleh membantu member pandangan dan berkongsi pengalaman , seperti Tan Sri Ghani Gilong , Tan Sri Suffian Koroh , Tan Sri Herman Luping.
Dimanakah sudah semangat Kuat dan rendah diri KDM sebagai contoh mendiang Tun Fuad Stephen Presiden UNKO sanggup merendahkan diri berjumpa dan mencari jalan agar dapat bersatu dengan G Sundang dan OKK Sodomon , Limbai Angkapon Pemimpin parti PASOK ketika itu untuk menubuhkan parti Kdm terulung bernama UPKO ?
Kita patut berasa bimbang tentang situasi dan keadaan yang dihadapi oleh orang kita , Pada satu masa dahulu kita lah yang menjadi kaum Majoriti di negeri sabah ini , tetapi sekarang kita bukan lagi kaum majoriti di negeri sendiri.Ambil secara statistiknya populasi sabah adalah 2.3 juta orang dan bangsa KDM hanya 700 ibu orang atau lebih kurang 28% . Masihkah kita ingat orang kita dahulu duduk sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) ? Masih kita ingat bangsa kita yang menerajuai Kabinet dahulu ? Masih kah kita ingat bangsa kita adalah satu bangsa yang dihormati pada satu masa dahulu .
Pada waktu ini bangsa kita sering bertelingkah , sudah la fahaman politik berbeza dan diburukkan oleh pula dengan metaliti ketam oleh para pemimpin kita yang ingin menjatuhkan pemimpin lain kerana sikap hasad dengki .Saya percaya impian rakyat Sabah khususnya masyarakat KDM dari dulu hingga kini ialah melihat semua pemimpin KDM bersatu atas satu wadah .Mahukah pemimpin KDM UPKO ,PBS ,PBRS, PKR , SAPP bersatu di bawah satu parti ? Punca perpecahan KDM adalah bermula pada tahun 1994.Dari sinilah para pemimpin KDM saling bermusuhan sesama sendiri.
Saya teringat Ketua ketua parti KDM seperti ,Datuk Pairin, Tan sri Dompok dan Tan sri Kurup telah membuat PIBABASAN pada tahun 2007-2008.Meraka pada zahirnya mengharapkan agar kaum dan bangsa KDM akan bersatu kembali. Tetapi adakah ianya berjaya ? apa yang kita dapat lihat pada waktu ini ? Saya tidak nampak apa apa impak daripada usaha tersebut , saya difahamkan ada antara pemimpin tertinggi kdm ini mempersoalkan keiklasan sesama mereka .
Adakah sebab pemimpin2 KDM ini Ego dan Sombong ?
Bila kah kita dapat melihat pergabungan tiga parti utama Kdm UPKO PBRS dan PBS ? selagi kita tidakmencari jalan untuk bersatu, susah untuk kita mencari jalan memantapkan sosio ekonomi dan macam macam lagi dan bersaing dengan bangsa lain yang jauh lebih maju...saya lihat pemimpin muda(komulakan/pemuda/wanita) pun pada masa sekarang pun terikut-ikut rentak pemimpin yang Senior kerana mereka adalah yang memberi peluang untuk mereka naik dan memberi tunjuk ajar dan arahan.