Perdana Menteri Iaitu pak lah mengarahkan EPU untuk meneliti secepat mungkin cadangan pembinaan jambatan Labuan - Sabah secepat mungkin .Idea ini tidak masuk akal sama sekali oleh perdana menteri , Di tengah - tengah kita menghadapi krisis ekonomi .
15 ahun dahulu labuan diwarwarkan sebagai IOFC - International Offshore Financial Centre. ,Banyak duit berbilion duit dimasukkan ke pulau ini untuk membina bangunan, jalanraya dan lapangan terbang moden.Tetapi selepas Pak lah mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Dr Mahathir Mohamad 5-8 tahun kebelakangan ini, dah lenyap dah nama Labuan dan IOFC. Jarang sekali didengar .IOFC masih ada tapi tidak dimajukan seghairah dahulu.
Jambatan Labuan ke tanah besar sabah ini sebagai sebahagian pelan besar nak bangunkan pulau ini sebagai hub makanan halal.Saya ni bukan apa - setiap kali saya dengar 'hub makanan halal' Saya merasakkan projek ini akan gagal .Apa yang hendak diekspot dari LAbuan ? Kalau mahu membuat Hub makanan halal sekalipun , kenapa tidak buat sahaja di Sabah ? tidak la perlu menggunakan duit rakyat yang begitu banyak ?
Jambatan ini sudah tentunya berharga berbilion ringgit, hanya untuk majukan idea tidak waras ini yang sudah tentunya tenggelam. Jarak antara Sabah dan Labuan yang paling dekat ialah 12km. Jambatan ini dijangka sepanjang 17km (lihat laporan di bawah) dengan harga pada 1997 sebanyak RM550 juta Itu dulu , bukan harga sekarang .Saya difahamkan jambatan ini mungkin mengambil 2 billion jika ingin dibina mengikut teknologi terkini pada masa ini.
( The study would look into the pros and cons of a bridge with an estimated span of 17km and a price tag of at least RM550mil as stated in the Labuan Development masterplan drafted in 1997.)
Apa kah relevenya kerajaan membuang wang berbilion ringgit ini untuk membina sebuah jambatan yang hanya semata mata hub makanan halal ?
Jika 2 billion itu digunakan untuk membaiki dan menaik taraf jalan jalan di kampung kampung berapa banyak rakyat yang akan merasai manfaat ini .Berapa banyak lagi sekolah sekolah di sabah yang keadaannya sangat teruk !
Saya berharap idea gila ini tidak akan diteruskan , dan wujud persoallan di dalam diri saya, adakah projek ini hanya dibuat untuk keuntungan sesetengah individu ? Biarlah rahsia.
Saturday, March 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment