Friday, March 27, 2009

Senarai Ahli Majlis Tertinggi Umno

Presiden Datuk Seri Najib Tun razak

Timbalan Presiden Tan Sri Muyidin Yassin

Naib Presiden
Datuk Ahamd Zahid Hamidi
Datuk Hismamudin Tun Hussein
Datuk Seri Shafie Afdal



Ahli Majlis Tertinggi Umno yang baru
1. Datuk Seri Mustapa Mohamed
(2,239)
2. Datuk Noh Omar (2,084)
3. Datuk Seri Musa Aman (2,084)
4. Datuk Azian Osman (2,060)
5. Datuk Zainal Abidin Osman (2,054)
6. Datuk Mohd. Zin Mohamed (1,854)
7. Datuk Ismail Sabri Yaakob (1,838)
8. Datuk Lajim Ukin (1,804)
9. Datuk Shaziman Abu Mansor (1,705)
10. Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi (1,700)
11. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (1,685)
12. Datuk Idris Haron (1,658)
13. Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad (1,624)
14. Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (1,622)
15. Datuk Saifuddin Abdullah (1,619)
16. Datuk Dr. Norraesah Mohamad (1,611)
17. Datuk Seri Mahdzir Khalid (1,580)
18. Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah (1,529)
19. Datuk Hamzah Zainuddin (1,518)
20. Datuk Bung Moktar Radin (1,517)
21. Datuk Dr. Awang Adek Hussin (1,481)
22. Datuk Seri Zulhasnan Rafique (1,431)
23. Datuk Ahmad Shabery Cheek (1,377)
24. Datuk Seri Idris Jusoh (1,275)
25. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (1,265)

Thursday, March 26, 2009

Khairy Jamaludin

Pemimpin Harapan Negara Saudara Khairy Jamaludin
Saya amat gembira bahawa Saudara Khairy Jmaludin menang sebagai Ketua Pemuda Umno lewat Malam semalam , Kerana selama ini saya amat meminati cara kepimpinan saudara khairy jamaludin , Antara kunci kunci pada kelebihan saudara Khairy jamaludin ialah beliau seorang yang keberanian dalam apa juga isu yang disentuh olehnya , Hal ini bukan saja mampu menunjukan cara kepimpinan yang dinamik selaras dengan aspirasi negara yang mahukan pemimpin yang lantang bersuara dan tidak gentar kepada mana mana ugutan.



Khairy juga bersikap terbuka di dalam banyak isu , dan melatari suasana semasa dan keadaan di sekeliling beliau. Sikap Gigih yang ada di dalam diri seorang yang diberi nama jolokan The most richest unemployment oleh Lim Kit Siang ini juga tabah menghadapi kecaman dan tomahan politik yang berniat mengkuburkan politik beliau di persada landskap politik negara tidak kira daripada Pembangkang sehingga la di dalam Barisan Nasional itu sendiri . Beliau juga sering dihentam dan dikecamhebat di dalam media media masa yang terkini seperti Blog Blog dan rencana rencana ada juga buku buku . Antara orang kenamaan yang sering menghentam khairy tidak lain tidak bukan pemimpin Ulung Negara iaitu Dr Mahathir Mohamad.


Khairy Jamaludin juga adalah seorang yang empunyai keyakinan diri yang kuat dan sanggup menerjah sesiapa saja tidak kira tua dan muda , yang sudah ada nama dalam politik juga tidak diendahkan beliau , Beliau senantiasa memberi pandagan beliau di dalam apa juga kempen kempen , dan ceramah ceramah yang dihadiri oleh beliau dengan pandangan jauh dan akalnya difikirannya sendiri . Sehingga ada yang Ahli majlis Tertinggi UMNO yang mengatakan beliau ( CUBA MENGAJAR ITIK BERENANG ).


Khairy juga lebih rapat bersama Pemuda Umno dan Ini dibuktikan dengan kemenangan beliau sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia lewat malam semalam . Semalam Penyokong MUKHRIZ ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan kekalahan calon mereka semalam , Dan hal ini telah menampakkan ketidakmatangan mereka dengan cuba merosakkan dan mengeuhkan keaadaan semalam .Macam - Macam hal berlaku .Mereka Berteriak dan cuba membuat provokasi sehingga polis terpaksa campur tangan . Hal menjadi lebih teruk apabila kiraan undi ke 2 dilakukan dan berpihak kepada Khairy Jamaludun.Mereka tidak dapat menerima hakikat kerana Saudara Mukriz yang mendapat Pecalonan tertinggi bagi merebut jawatan pergerakan Ketua Pemuda Umno . Khairy juga adalah pemimpin yang lebih mesra dengan pergerkkan pemuda .



Kita sedia maklum bahawa Dato Razali yang juga lebih dikenali sebagai regu kepada Saudara Mukriz Tun Mahathir yang juga bekas presiden MPPUKM manakala seorang lagi calon iaitu Datuk Rezal Marican ialah regu Khairy ,Keputusan menampakan kematangan perwakilan pemuda umno dimana mereka memilih pemimpin yang betul betul di hati mereka , Dengan kemenang datuk Razali adakah ini akan menggangu khairy ? saya rasa tidak .Kehadiran Khairy jangan dipandang sepi dan ringan oleh parti pembangkang . Anggapan bahawa Umno akan hancur jika Khairy menjadi ketua pemuda rasanya kurang tepat bagi pendapat saya . Tanggapan dan tuduhan ini tidaklah begitu mudah untuk menguburkan parti Umno di tangan Ketua Pemuda Baru Saudara Khairy Jamaludin.Saya pecaya bahawa Khairy akan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki Kelemahan dirinya ,Seterusnya mempamerkan kepimpinannya dan paling Mantap dengan ialah idea geliga bekas pelajar Universiti OXFORD ini. yang juga menantu keada bakal bekas perdana menteri Malaysia Datuk Abdlah Amat Badawi.



Melihat kepada ucapan pertama Khairy selepas diumukan sebagai Ketua Pemuda Umno gaya beliau berucap amat bervisi dan bermatlamat . Masihkah tuan tuan ingat pada tahun 1982 di mana ketika itu Saudara Anwar Ibrahim memenangi jawatan ketua pemuda Umno dengan mengalah Saudara Suhaimi kalau tidak silap? jika tidak silap saya majoriti anwar pada waktu itu hanya 40 lebih. Sedarkah kamu bagaikan ada aura Dsai di keliling Khairy ? Perwatakann beliau menampakkan kepemudaan berbanding dengan dua calon lain pada hemat saya . Saya berpendapat kelemahan seseorang itu akan dilupakan dengan kewibawaan dan keyakinan tinggi yang bakal ditonjolkan dari masa ke semasa .



Saya berharap Saudara Khairy Mampu Membawa perubahan dalam Lanskap Politik Negara .

Taniah sekali lagi KHAIRY !!!







Wednesday, March 25, 2009

Keputusan Pemilihan 3 sayap Umno !

Khairy Jamaludin Pilihan Kabinet Najib ?

Saya sememangnya amat mengkagumi bakat kepimpinan di dalam di saudara YB Khairy Jamaludin ,Keupayaan beliau berpidato amat menarik minat ramai orang. Walaupun lemparan yang dibuat ke atas beliau , beliau masih mampu berdiri Seterusnya menjawat jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia .Taniah sekali lagi kepada Saudara Khairy Jamaludin atau nama Sikatan beliau KJ .KJ berjaya mendapat 304 undi daripada Perwakilan Manakala Pencabarnya Datuk Mukhriz Mahathir berjaya mendapat 232 undi Diikuti oleh bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo 254 Undi.




Congrat Khairy , Saya harap khairy mampu berdiri dengan kaki beliau sendiri , selepas Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 6 . Di dalam Jawatan Exco Pemuda Umno terbahagi kepada 3 puak , 1 pemuda berani berubah 2 pemuda setia kawan 3 pemuda berani.Persoalanya mampu kah khairy menguruskan dan menyatukan kembali pemuda Umno Malaysia.

Taniah juga kepada wakil Sabah Jamawi.


Bagi Ketua Wanita Taniah Kepada Datuk Sharizat Jalil yang mendapat 507 undi menewaskan Tan sri Rafidah Aziz legend dalam wanita Umno 280 undi.


Yang Paling membanggakan Ketua Puteri UMNO Malaysia jatuh kepada MP Papar Datuk Ronsah .Taniah.



Tekaan peribadi saya Rosnah dan Khairy akan dilantik menjawat Menteri penuh dalam Kabinet Baru Datuk Najib Tun Razak . Kita Tunggu dan Lihat.




Rosnah bakal Menteri penuh ?

Tuesday, March 24, 2009

I Passed My MBA Exam

This a proof that I've been awarded my M.B.A. after being tested by:-
2 bottle of CHIVAS,
2 bottle of BLACK LABEL,
3 bottle of ABSOLUTE VODKA,
7 shoots of TEQUILA,
6 glasses of ADIOS AMIGO,
5 shoots of GRAVE YARD hehehehe..



Isn't that wonderful? I have been given this certificate however will there be anyone want to employ me at this moment? Any vacancies for this qualification? Hahahaha.. *Hink*

Deklarasi Tambunan


Mungkin ramai yang tertanya -tanya apakah deklarasi Tambunan ? Siapa Siapa yang sudah membeli atau membaca buku Justice for Sabah pasti akan tahu apa itu Deklarasi Tambunan.

Deklarasi Tambunan . Sebelum pilihanraya umum p - 13 yang lalu pemimpin KDM Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang juga mantan Yang berhormat Bingkor telah mebuat kajian menyeluruh tentang masalah di sabah dan membuat keputusan untuk menjadikanya sebuah Buku yang dilihat sebagai pemangkin ke arah perjuangan baru rakyat Sabah .

Buku tersebut dinamakan oleh beliau “Keadilan Untuk Sabah” or Justice For Sabah . Ia diantaranya menghuraikan dan memuatkan sebahagian daripada matalamat yang dan agenda Deklarasi Tambunan yang dikata kata mampu mengubah Arena politik Di Sabah . Agenda dan Idea tersebut Kononya telah dipersetujui oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat yang juga Ketua pembangkang di Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim untuk dilaksanakan apabila Pakatan rakyat menang dan Berjaya menubukan sebuah kerajaan baru yang memperjuangkan masalah rakyat kata mereka .

Perkara ini telah dijelaskan DSAI didalam ucapannya- ucapannya ketika mengeliligi daerah sabah untuk berkempen untuk Pakatan Rakyat . Hal Ini telah menjadi satu arah harapan rakyat Sabah menyokong PR yang diketuai oleh Dsai sendiri . Ia menjadi suatu gagasan perjuangan yang menarik minat ramai orang yang rata -rata masyarakat Muda dan berpelajaran.Hal ini kerana dasar ini menunju ke arah perubahan satu dasar baru untuk masyarakat Sabah secara Amnya.Banyak yang bependapat hanya penubuhan kerajaan baru sahaja mampu menukar dasar kerajaan sedia ada .

7 teras agenda di dalam deklarasi tersebut adalah seperti berikut : Pertama ; Melaksanakan 20 perkara yang masih relevan dan Akta Malaysia . Perjanjian tersebut macam sudah dibuang dan tidak diguna pakai oleh kerajaan sekarang , perjanjian penubuhan Malaysia dibelakangkan.

Kedua; melantik seorang Timbalan Perdana Menteri sama ada dari Sabah atau Sarawak.
Kita perlu ada seorang wakil daripada kepulauan Borneo ini bagi memastikan pembagunan di sabah dan sarawak adalah selari dengan pembagunan di negeri negeri semenanjung , Dan manalah tahu pemimpin dari Sabah juga berpeluang menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia pada masa akan datang .

Ketiga; menaikkan royalti minyak daripada 5% kepada 20%. Daripada royalti minyak sahaja negeri sabah sudah kehilangan lebih berbilion bilion ringgit harta negeri sabah akibat pembahagian royalti minyak yang sangat ketara berat sebelah , Adakah mereka masih mengaggap kita sebagai rakan kongsi atau kita negeri yang dijajah ?

Keempat; menambah (a) peranan Sabah dalam kabinet persekutuan, (b) menambah kerusi Parlimen di Sabah, (c) menambah peranan Sabah didalam kedutaan Malaysia mengikut formula yang patut. Kita mempunya kita menteri kabinet dari sabah sebagai contoh tan sri Dompok , yang hanya diberi peranan sebagai menteri di jabatan perdana menteri selama berada di kabinet pusat , Beliau tidak diberi kementerian yang berpotfolio , persoalanya kenapa ? Adakah kerana beliau tidak layak ? atau konspirasi dalaman . Kita masih ingat ketika pemimpin Ulung KDM iaitu Tan Sri Ghani Gilong yang diberi peranan besar antaranya menteri hal ehwal Sabah Dan Sarawak , Menteri undang Undang , Dan yang paling membawa manfaat kepada rakyat sabah ketika beliau memegang jawata Menteri Kerja Raya. Sabah negeri yang begitu besar hanya diberi 25 kawasan parlimen , Hal ini tidak masuk akal , sebagai contoh , peruntukkan ahli parlimen Hanya Rm 1 juta ringgit dan perlu dibahagi kepada 3 kawasan Dun Undangan negeri , Memang la tidak cukup sama sekali .kawasan di Sabah Bukan Kecil jika dibandingkan dengan negeri negeri di semenanjung Malaysia .

Kelima; mewujudkan Suruhanjaya Diraja untuk memastikan hak-hak kedaulatan dan Rukun Negara terjamin dan terperlihara termasuk penyiasatan masaalah pendatang tanpa izin.
Hal Ini perlu diambil serius , kerana Bapa segala jenayah di negeri di bawah bayu ini ternyata adalah daripada PTI , kedaulatan dan hak hak kita semakin terhakis apabila mereka sudah memiliki Mykad dan menikmati kelebihan sebagai seorang waganegara Tulen dengan cara yang tidak Sah.Tindakkan segera harus Dambil !

Keenam; menubuhkan Suruhanjaya Nasional Anak Negeri dan Keistemewaan anak-anak Negeri di Malaysia. Ketujuh; ialah membenarkan sabah mengariskan Agenda pembangunan dan ekonominya sendiri. Hal ini kerana orang Sabah lebih tahu apa yang terbaik untuk orang orang di Sabah dan ke arah Pembagunan negeri Sabah itu sendiri.

Dr jeffery gagal dalam pilihanraya ke 13 yang lalu beliau tewas di DUN Bingkor kepada Calon UPKO YB Justin Guka , Dan kecundang teruk Kepada Abangnya Sendiri , Huguan Siou di parlimen Keningau .

Saya berharap Kerajaan Sedia ada mampu mengambil idea ini untuk menjamin masa depan negeri sabah , Kata orang lebih baik berubah daripada Diubah . !
Saya yakin parti UPKO mampu membawa kepada perubahan ini . Hidup UPKO

Sekian .