Baru - baru ini Isu persempadanan semula menjadi isu popular di antara parti-parti komponen Barisan Nasional mahupun pembangkang .Hal ini bertiup kencang bahawa Sabah bakal mendapat sekurangnya-kurangnya 10 kerusi DUN dan 6 kerusi Parlimen baru .Saya percaya hal ini akan bentangkan di parlimen sebelum pilihanraya Umum ke 13 nanti. Di Sabah pula , semua parti komponen Barisan Nasional sibuk membuat perbincangan dalaman kewajaran persempadanan semula di kawasan mereka , Biro biro parti juga telah ditubuhkan khas untuk hal persempadanan semula pilihanraya.
Beberapa tempat yang diwar warkan bakal mendapat kerusi tambahan adalah DUN Langkon di Kota Marudu .Umno Bahagian Kota Marudu juga turut membentangkan usul yang mahukan satu kerusi diberikan kepada Umno dalam pilihan raya ke-13 akan datang merujuk kepada Dun Langkon .Hal ini kerana penyandang kerusi Parlimen Kota Marudu yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Maximus J. Ongkili memohon dalam kempen pilihanrayanya supaya para pengundi memilihnya untuk kali terakhir , mereka membayangkan pada pilihan raya akan datang Maximus tidak lagi mempertahankan kerusinya.Senator dan juga Naib presiden Upko , YB Maijol Mahap juga diwar war bakal menjadi calon di kawasan itu pada pilihanraya akan datang .
DUN Long Pasia di Sempadan Tenom dan Sipitang juga antara yang dikatakan di beberapa blog kebelangkangan ini. , kerusi Dun di parlimen Kinabatangan juga dikatakan bakal dipecahkan untuk membuat sekurang kuranya 1 kerusi DUN tambahan .
Khabar angin juga mengatakan Parlimen ranau juga diwar warkan ada satu kerusi DUN tambahan .Hal ini pada saya amat wajar kerana skop kawasan ranau yang begitu besar .
Antara yang lain lain di daerah Lahad Datu , Dun di bahagianpapar , dan di Kota belud bakal medapat kerusi Dun tambahan ,Sandakan juga bakal mendapat sekurangnya 1 kerusi Dun .
Sementara itu ada 4 kerusi yang dipegang oleh parti SAPP ,
Parlimen Tawau Parlimen Sepanggar DUN Likas DUN Luyang .Sokongan terhadap party ini dikatakan meningkat dengan mendadak sekali selepas menarik diri daripada Kompnen barisan Nasional .Mereka mengatakan mereka akan mampu mempertahankan 4 kerusi itu dan bakal menambah Adun dan MP mereka pada pilihanraya akan datang .
Apa apa pun persempadanan tetap akan berlaku pada pendangan saya , hal ini wajar , kerana Sabah memerlukan lebih banyak peruntukkan daripada kerajaan pusat .
Banyak sudah orang pasang angan angan mau jadi YB ini .Saya pinjam ayat dari bakal seorang pemimpin yang saya kenal
Commitment leads to action AND Action brings your dream closer!.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment