Monday, August 17, 2009
China / Filipine Doll
Siapa tidak tahu China Doll ? China Doll ini sering dikaitkan dengan warga warga CHINA yang berkerja sebagai GRO/ Escort Girl / Prostitute .
Siapa tidak tahu di Beverly Hill ? Sini lah syurga seks yang tidak asing lagi di jalan Bundusan, Kota Kinabalu telah menarik terlalu ramai China Doll untuk memperdagangkan kemahiran perniagaan tertua di dunia yang mempunyai jaringan dengan sindiket pemerdagangan dan penyeludupan manusia.
(gambar hanyalah sebagai hiasan )
Namun jumlah mereka yang ramai begitu membimbangkan dan sehingga ke hari ini kerana dianggarkan melebihi 30,000 orang di seluruh Sabah yang bertebaran dan dilindungi pihak berkuasa kerana visa mereka telah tamat dan terpaksa membayar sejumlah tertentu kepada orang tengah untuk membolehkan visa mereka disambung dari bulan ke bulan atau diseludup keluar melalui bilik VIP dan pintu belakang.
Persoalannya, siapa yang mempunyai Locus standi untuk menyambung Visa China Doll berkenaan yang menggunakan pas lawatan dan tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan antara tiga bukan sehingga tiga tahun tanpa perlu keluar negara untuk memperbaharui visa mereka?
Mengikut undang-undang yang berkuatkuasa, Pengarah Imigresen Sabah tidak mempunyai kuasa eksekutif dan legislatif untuk memperbaharui visa China Doll terutama yang gagal meninggalkan negara ini setelah tempoh pas lawatan sosial mereka tamat, apatah lagi yang telah tinggal selama berbulan-bulan, sama ada menggunakan pasport palsu atau pasport terbang.
Sindiket Pasport terbang Filipina dan Indonesia sudah begitu sinonim dengan pintu masuk Sandakan dan Tawau kerana menjadi ‘terowong utama’ kemasukan warga China, Myanmar, Thailand dan Indonesia dengan kerjasama agen pasport antarabangsa yang menggunakan rangkaian pejabat Imigresen setempat sebagai ‘perniagaan daging mentah’ dan ‘penyeludupan manusia’.
Mengikut laporan ‘The Trafficking in Persons (TIPS) Report 2009′ yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara, Amerika Syarikat telah menyenaraikan Malaysia salah satu negara yang gagal berbuat sesuatu untuk menyekat penyeludupan dan pemerdagangan manusia dan disenarai hitamkan bersama Myanmar, Chad, Cuba, Entrea, Fiji, Iran, Kuwait, Mauritania, Niger, North Korea, Papua New Guinea, Saudi Arabia, Sudan, Swaziland Syria and Zimbabwe.
Malaysia telah dilabelkan sebagai destinasi persinggahan utama wanita dan kanak-kanak yang diseludup untuk diperdagangkan sebagai pekerja seks dan buruh paksa dan untuk tujuan komersil. Laporan terperinci yang telah dicadangkan oleh AIPA (ASEAN Inter-Parliamentary Assembly) di Kaukus Parlimen yang dipengerusikan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi pada April 2009 namun belum ada sebarang tindakan drastik diambil kerajaan.
Usaha untuk membasmi pelacuran bukanlah tugas yang mudah, sekalipun Seksyen 372 (1) (d) Kanun Keseksaan menetapkan bahawa sesiapa yang didapati terlibat dengan kegiatan maksiat boleh di penjara selama 15 tahun, sebatan dan didenda sekiranya mahkamah mendapati mereka bersalah.
Siasatan Sabahkini.net mendapati beberapa rakyat tempatan termasuk VIP bekerjasama dengan sindiket antarabangsa untuk membawa masuk wanita daripada China dan Filipina untuk bekerja di Pusat Hiburan sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) dan pelacuran sehingga jumlah mereka semakin tidak terkawal.
Sebuah KTV terkenal di Kota Kinabalu pernah diserbu polis, namun anehnya Ketua Polis daerah berkenaan telah dipindahkan serta merta kerana ‘mengganggu’ periuk nasi ‘VIP’ yang selama ini mendalangi kegiatan berkenaan.
Walaupun Unit D7 (Anti Maksiat) sering melalukan serbuan, namun hanya segelintir yang tertangkap, tetapi agak aneh kerana ramai yang terlepas atau pangsa puri ditinggalkan kosong dalam tempoh tidak sampai tiga minit selepas serbuan ke pangsapuri pertama.
Jika tertangkap, China Doll ini hanya dihantar balik ke negara asal mereka tanpa menjalani hukuman penjara sebagaimana wanita lain yang terlibat dengan kancah maksiat sehingga menjadikan mereka warganegara kelas pertama yang mendapat suaka pihak berkuasa.
Manakala modus operandi Filipina Doll pula agak lebih mudah dan murah apabila sindiket akan membawa mereka ke Lawas sebelum tamat tempoh pas lawatan dan masuk semula ke Sabah setelah membayar kepada orang tengah antara RM400 hingga RM1,000.
Kebanyakan China Doll yang berdagang daging mentah di Sabah berasal daripada Guang Zhou terutama daripada Wilayah Guang Dong yang terkenal sebagai syurga Seks dan kawasan perancang keluarga yang ketat.
Mengapakah tiada siapa yang bersuara mengenai hal ini ? walaupun dari pihak kerajaan ataupun Pembangkang ? Sama Sama Mau Siok kah ni ? Muahahaha .
Dont talk about PTI la , kalau hal begini kecil pun tidak buli urus .Itu Filipina DOll mana mana pun ada di pub ? any action ? nope .Im urging Somebody have to do something.Banyak sudah rumah tangga org musnah kerana angkara perempuan2 begini.Especially Filipine Doll..Tagalog tagalog..Haha
Note : China Doll will cost you RM 300- RM1000 ( tengok class A B or C ) While Filipine Doll usually Cost you about RM 300-350.
Bah rajin rajin la kamu round ..Hehehehe =) nice Day
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment