Tuesday, March 24, 2009

Deklarasi Tambunan


Mungkin ramai yang tertanya -tanya apakah deklarasi Tambunan ? Siapa Siapa yang sudah membeli atau membaca buku Justice for Sabah pasti akan tahu apa itu Deklarasi Tambunan.

Deklarasi Tambunan . Sebelum pilihanraya umum p - 13 yang lalu pemimpin KDM Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang juga mantan Yang berhormat Bingkor telah mebuat kajian menyeluruh tentang masalah di sabah dan membuat keputusan untuk menjadikanya sebuah Buku yang dilihat sebagai pemangkin ke arah perjuangan baru rakyat Sabah .

Buku tersebut dinamakan oleh beliau “Keadilan Untuk Sabah” or Justice For Sabah . Ia diantaranya menghuraikan dan memuatkan sebahagian daripada matalamat yang dan agenda Deklarasi Tambunan yang dikata kata mampu mengubah Arena politik Di Sabah . Agenda dan Idea tersebut Kononya telah dipersetujui oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat yang juga Ketua pembangkang di Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim untuk dilaksanakan apabila Pakatan rakyat menang dan Berjaya menubukan sebuah kerajaan baru yang memperjuangkan masalah rakyat kata mereka .

Perkara ini telah dijelaskan DSAI didalam ucapannya- ucapannya ketika mengeliligi daerah sabah untuk berkempen untuk Pakatan Rakyat . Hal Ini telah menjadi satu arah harapan rakyat Sabah menyokong PR yang diketuai oleh Dsai sendiri . Ia menjadi suatu gagasan perjuangan yang menarik minat ramai orang yang rata -rata masyarakat Muda dan berpelajaran.Hal ini kerana dasar ini menunju ke arah perubahan satu dasar baru untuk masyarakat Sabah secara Amnya.Banyak yang bependapat hanya penubuhan kerajaan baru sahaja mampu menukar dasar kerajaan sedia ada .

7 teras agenda di dalam deklarasi tersebut adalah seperti berikut : Pertama ; Melaksanakan 20 perkara yang masih relevan dan Akta Malaysia . Perjanjian tersebut macam sudah dibuang dan tidak diguna pakai oleh kerajaan sekarang , perjanjian penubuhan Malaysia dibelakangkan.

Kedua; melantik seorang Timbalan Perdana Menteri sama ada dari Sabah atau Sarawak.
Kita perlu ada seorang wakil daripada kepulauan Borneo ini bagi memastikan pembagunan di sabah dan sarawak adalah selari dengan pembagunan di negeri negeri semenanjung , Dan manalah tahu pemimpin dari Sabah juga berpeluang menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia pada masa akan datang .

Ketiga; menaikkan royalti minyak daripada 5% kepada 20%. Daripada royalti minyak sahaja negeri sabah sudah kehilangan lebih berbilion bilion ringgit harta negeri sabah akibat pembahagian royalti minyak yang sangat ketara berat sebelah , Adakah mereka masih mengaggap kita sebagai rakan kongsi atau kita negeri yang dijajah ?

Keempat; menambah (a) peranan Sabah dalam kabinet persekutuan, (b) menambah kerusi Parlimen di Sabah, (c) menambah peranan Sabah didalam kedutaan Malaysia mengikut formula yang patut. Kita mempunya kita menteri kabinet dari sabah sebagai contoh tan sri Dompok , yang hanya diberi peranan sebagai menteri di jabatan perdana menteri selama berada di kabinet pusat , Beliau tidak diberi kementerian yang berpotfolio , persoalanya kenapa ? Adakah kerana beliau tidak layak ? atau konspirasi dalaman . Kita masih ingat ketika pemimpin Ulung KDM iaitu Tan Sri Ghani Gilong yang diberi peranan besar antaranya menteri hal ehwal Sabah Dan Sarawak , Menteri undang Undang , Dan yang paling membawa manfaat kepada rakyat sabah ketika beliau memegang jawata Menteri Kerja Raya. Sabah negeri yang begitu besar hanya diberi 25 kawasan parlimen , Hal ini tidak masuk akal , sebagai contoh , peruntukkan ahli parlimen Hanya Rm 1 juta ringgit dan perlu dibahagi kepada 3 kawasan Dun Undangan negeri , Memang la tidak cukup sama sekali .kawasan di Sabah Bukan Kecil jika dibandingkan dengan negeri negeri di semenanjung Malaysia .

Kelima; mewujudkan Suruhanjaya Diraja untuk memastikan hak-hak kedaulatan dan Rukun Negara terjamin dan terperlihara termasuk penyiasatan masaalah pendatang tanpa izin.
Hal Ini perlu diambil serius , kerana Bapa segala jenayah di negeri di bawah bayu ini ternyata adalah daripada PTI , kedaulatan dan hak hak kita semakin terhakis apabila mereka sudah memiliki Mykad dan menikmati kelebihan sebagai seorang waganegara Tulen dengan cara yang tidak Sah.Tindakkan segera harus Dambil !

Keenam; menubuhkan Suruhanjaya Nasional Anak Negeri dan Keistemewaan anak-anak Negeri di Malaysia. Ketujuh; ialah membenarkan sabah mengariskan Agenda pembangunan dan ekonominya sendiri. Hal ini kerana orang Sabah lebih tahu apa yang terbaik untuk orang orang di Sabah dan ke arah Pembagunan negeri Sabah itu sendiri.

Dr jeffery gagal dalam pilihanraya ke 13 yang lalu beliau tewas di DUN Bingkor kepada Calon UPKO YB Justin Guka , Dan kecundang teruk Kepada Abangnya Sendiri , Huguan Siou di parlimen Keningau .

Saya berharap Kerajaan Sedia ada mampu mengambil idea ini untuk menjamin masa depan negeri sabah , Kata orang lebih baik berubah daripada Diubah . !
Saya yakin parti UPKO mampu membawa kepada perubahan ini . Hidup UPKO

Sekian .

No comments:

Post a Comment