Beberapa hari lalu negeri Selangor mengumumkan pemilikan aset menteri besar dan barisan exconya dalam tempoh setahun sejak Mac 2008 di laman web rasmi kerajaan negeri.Laman web itu - www.selangor.gov.my - memuatkan maklumat aset selepas jam 6 petang ini.
Pendapatan MB Selangor RM43,222Pendapatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meliputi gaji dan imbuhan tetap atau elaun berjumlah RM43,222 sebulan.
Exco pelaburan dan perdagangan Teresa Kok mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM32,830.67, sementara jumlah tanggungannya RM2,246.92 sebulan.Exco hal-ehwal agama Dr Hassan Ali pula RM17,722.08 (pendapatan) dan RM12,781 (tanggungan).Exco pelancongan Elizabeth Wong, yang sedang bercuti susulan isu foto bogel, mendapat RM17,722.08 dan membayar hutang kad kredit RM2,000 sebulan.Exco perumahan Iskandar Abdul Samad RM17,722.08 (pendapatan) dan RM2,527 (tanggungan).Rodziah Ismail, exco kebajikan, RM18,122.08 (pendapatan) dan RM3,830.25 (tanggungan).Ronnie Liu Tian Khiew, exco kerajaan tempatan, RM20,722.08 (pendapatan) dan RM4,657 (tanggungan).Exco pertanian Yaakob Sapari mendapat RM17,722.08 dan menanggung RM1,598.99.Exco kesihatan Dr Xavier Jayakumar RM17,722.08 (pendapatan) dan RM2,270 (tanggungan).Exco pendidikan Dr Halimah Ali mendapat RM17,722.08 dan menanggung RM7,238.50.
Semua maklumat pendapatan barisan exco ini tidak termasuk perolehan pasangan masing-masing.Begini kah cara pengishtiharan aset ? Saya rasa tidak .. pengishtiharan aset sepatutnya lebih detail.. apakah mana mana exco ditawarkan jawatan dalam syarikat ? ada pegangan saham di beberapa syarikat / share di mana mana bisnes ? berapa banyak? aset harta, aset hartanah, aset kenderaan , Kalau bagi detail gaji saja dan tanggungan ini tidak telus ni ..
apa yg diishtiharkan di laman web terbabit adalah tidak telus kerana sekadar menyatakan amaun gaji & tanggungan bulanan..itu tidak tepat sama sekali.. Kita ni bukan mentah , boleh diperbodoh - bodohkan .
Ketelusan menjadi persoalaan dalam hal ini......?
No comments:
Post a Comment