Sunday, March 15, 2009

Najib Mungkin Tidak Jadi PM !

Dr Mahathir Mohamad


Dr Mahathir menyatakan bahawa perasaanya bahawa TPM Dauk Seri Najib Tun Razak Mungkin Tidak Akan Menjadi PM bulan April ini , Berikut adalah Temu ramah Dengan TUN DR MAHATHIR :



Jawapan Tun mengenai kemungkinan Najib jadi Presiden UMNO dan Pak Lah kekal sebagai Perdana Menteri:


Di segi undang-undang, tidak ada sekatan bagi Perdana Menteri untuk terus mengekalkan jawatan walaupun dia tidak lagi menjadi presiden parti. Semasa saya jadi Presiden UMNO dulu, Tun Hussein masih memegang jawatan PM. Dia hanya meletak jawatan dua minggu kemudian.Ada kemungkinan ini akan berlaku. Dia akan kata “Saya banyak lagi kerja nak buat dan saya akan meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri.”Tetapi jika ini berlaku, kita akan menghadapi masalah besar. Satu-satunya perkara ini boleh berlaku ialah jika satu usul dibawa ke sidang. Jika separuh penyokong BN dan separuh penyokong pembangkang menyokong undi percaya kepada Pak Lah, dia akan menang, tapi dia akan jadi Perdana Menteri untuk pembangkanglah. Lagipun baru-baru ini dia terjumpa Anwar. Tapi tak tahulah apa hasil pertemuan empat mata itu. Kita tunggu ajalah 26 Mac

2 comments:

  1. Yup, kita tunggu ajalah 26 Mac. Bilang si Nabil, "Lu fikirlah sendiri!".

    ReplyDelete
  2. Macam ada ura ura ni untuk mengagalkan transaksi peralihan kuasa yang telah dirancang .=)
    Apa apa pun kita harap yang terbaik untuk negara kita.

    ReplyDelete