Wednesday, March 18, 2009

5000 pelajar gugur setiap tahun !

Tanya Kenapa hal seumpama ini boleh terjadi ?



Kira-kira 5000 pelajar gagal menamatkan pengajian atau diberhentikan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) setiap tahun, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dr Hou Kok Chung berkata jumlah itu merupakan 1.5 peratus daripada jumlah enrolmen setiap tahun sejak 2005.
Bagaimanapun, kadar peratusan itu tidak membimbangkan dan berada pada tahap lazim, katanya menjawab soalan Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai).Kepada soalan Mohd Firdaus tentang kajian punca kegagalan pelajar dan berkemungkinan disebabkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Hou berkata Kementerian tidak menganggap AUKU sebagai salah satu faktor pelajar gagal ataupun diberhentikan.Beliau berkata secara umumnya kegagalan pelajar menamatkan pengajian atau diberhentikan adalah kerana pencapaian akademik tidak memuaskan, gagal mendaftar kursus, menyambung pengajian di tempat lain, menipu kelayakan dan masalah disiplin
Kita seharusnya berasa amat sedih dengan fenomena dimana setiap tahun kita kehilangan 5000 ribu generasi muda yang bakal membawa masa depan negara , 5000 ini baru di universiti awan IPTA , belum lagi IPTS yang memerlukan permbelanjaan yang tinggi .

Tahap kemiskinan juga adalah faktor dimana pelajar pelajar ini sanggup menggadaikan masa depan mereka dengan tidak mahu lagi bersekolah dan ingin memasuki dunia perkerjaan seperti menoreh getah , menanam padi , kerja buruh dan macam macam lagi .

Banyak juga pelajar yang menghadapi masalah disiplin kesalahan jenayah sivil Dan melanggar akta perundangan universiti .Ada yang tidak mampu mengangkat subjek subjek yang dpelajari .
Kegiatan sosial yang melampau juga menjadi faktor dalam masalah ini.

Masalah pengurusan kewangan juga membawa kepada masalah ini .Bantuan Ptptn dan basiswa digunakan dengan membeli Hp -Hp canggih , modifikasi Kereta ,macam macam lagi. Wang itu dibelanja dengan cara yang tidak betul menyebabkan pelajar mengahdapi masalah kewangan .

Jalan penyelesaian harus dicari dengan segera ! Jangan kata hal ini tidak membimbangkan , kecil kecil lama lama jadi besar !

No comments:

Post a Comment