Friday, September 25, 2009

Siapa Huguan Siou Seterusnya ?

Siapa pemimpin Agung Kadazan dusun selepas pairin yang akan memegang jawatan Huguan Siou ?

Datuk Pairin diramalkan akan berundur secara rasmi sebagai Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) pada pertengahan November 2009 bagi memberikan laluan kepada Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili memangku jawatan Presiden PBS sehingga Persidangan Agung tahun hadapan , kerana diura urakan menghadapi dan sedang berlawan dengan satu jenis penyakit .

Datuk pairin juga diramalkan akan melepaskan jawatan sebagai Pemimpin agung KadazanDusun iaitu Huguan Siou . Namun persoalaannya siapakah yang layak untuk mengambil atau memikul tanggungjawab yang berat untuk menyatukkan semula bangsa kadazan dusun murut yang masing masing berpecah mengikut haluan masng masing .Bila
dilihat dalam konteks politik parti KDM terdiri daripada PBS UPKO dan PBRS , tetapi hanya upko yang dalam konteks perjuangannya memperjuangkan Hak hak dan nasib orang dusunkadazanmurut secara terbuka .

Jika benar khabar angin ini , siapa kah yang bersedia mengambil tempat datuk seri panglima pairin kitingan ? Datuk maximus Ongkili dikatakan bakal menjadi Huguan Siou seterusnya dan mejadi pemimpin ulung kadazandusun Murut . Antara Pemimpin2 Kadazan dusun yang lain juga dikatakan mampu memegang tampuk sebagai huguan Siou Adalah seperti Tan Sri bernard Dompok , yang juga presiden party Upko , seorang pemimpin KDM yang begitu lantang dan berani untuk memperjuangkan hak hak orang KDM dan orang beramaga Kristian. Masidi Manjun pemimpin Kdm yang paling celik IT pada masa kini yang juga menteri pelancongan sabah , Tan Sri Kasitah Gaddam , Bekas menteri persekutuan yang telah dibersihkan kes rasuah oleh mahkamah tinggi Kuala Lumpur . YB Rubin Balang wakil daripada Kaum murut ? Jeffery Kitingan ? banyak lagi nama yang ditimbulkan dalam mengisi persoalaan ini .



Bagi pendapat peribadi saya , siapa pun yang akan memegang dan mengantikkan Huguan Siou datuk pairin pada masa akan datang harus menjadi satu pemimpin yang betul betul berjuang untuk meyatupadukan Masarakat KDM yang satu masa dahulunya menjadi Bansa majoriti , bangsa yang dihormati , di sabah kembali bersatu bersama .
Dan ada lebih baiknya jika jawatan Huguan Siou ini dipegang oleh seorang pemimpin yang tidak lagi ada hubungan dalam Politik .Maksud saya tidak memegang jawatan politik.Supaya beliau mampu bersuara dengan lebih lantang , dan tidak tertakluk kepada ikatan mana mana pihak. Seingat saya hanya seorang pemimpin kDM Datuk clarence Bongkos malakun yang pernah mendapat pencalonan yang cukup untuk menerajui KDCA selain presidennya sekrang Datuk Pairin , Tetapi mengambil keputusan untuk tidak mencabar datuk pairin , demi perpaduan KDM.

2 comments:

  1. Dr. Max mau jadi the next Huguon Siou? Sia akan cakap yang dia jadi Huguon Siou sebab KDCA bagi dia tu gelaran... tapi bukan orang KDM 100% yang bagi dia tu gelaran serta belum tentu lagi diiktiraf sangat.

    ReplyDelete
  2. Bagi pendapat peribadi saya , saya lebih suka seseorang yang tidak lagi aktif dalam berpolitik untuk memegang jawatan huguan siou ini. prehaps , Tan sri bernard dompok , selepas beliau bersara dari arena politik .
    Kalau seseorang yang bermain politik , beliau secara langsung akan menggunakan status itu untuk kepentingan politik .
    Selamat berjuang tompinai

    ReplyDelete