Thursday, July 16, 2009

Barisan Nasional kalah , tapi menang Moral

Perdana Menteri Datuk seri najib harus berpuas hati dengan perubahan yang berlaku di Pilihanraya kecil Manek Urai kerana ia menunjukkan usaha-usaha yang dilakukan sepanjang lebih 100 hari beliau menjadi perdana menteri mulai diterima rakyat, terutama pengundi Muda .

Walaupun BN tewas dengan majoriti 65 undi, keputusan itu amat mengegarkan Kem pakatan Rakyat lebih-lebih lagi ia berlaku di kawasan majoriti Melayu yang dikatakan pro kepada pakatan rakyat . merujuk kepada perbezaan besar majoriti 65 undi yang dimenangi Pas berbanding majoriti 1,352 undi pada pilihanraya umum tahun lepas.
Saya difahamkan BN menang 5 , kalah 4 daripada 9 saluran pengundian .

Persoalan saya adakah jambatan baru seperti yang dijanjikan oleh TPM akan dibuat ? . Manek urai lama dan Manek urai baru telah memberi kemenangan kepada BN , Adakah jambatan yang menyambunkan menek urai lama dan manek urai baru tetap dibina ?
Sebelum ini Tan sri muyidin yassin menyatakan pengundi harus memberi kemenangan kepada BN untuk merelisasikan Jambatan tesebut.

The mistake a lot of politicians make is in forgetting they've been appointed and thinking they've been anointed. -Ann Campbel
Never vote for the best candidate, vote for the one who will do the least harm hehe- Don

No comments:

Post a Comment