Tuesday, May 12, 2009

MB Nizar bakal berhadapan Usul Undi Tidak Percaya !

Mahkamah Tinggi di sini memutuskan yang Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah pada kira - kira jam 2.30 petang tadi .Beliau kelihatan begitu gembira dan diraikan oleh penyokong penyokong pakatan rakyat .

Keputusan Mahkamah Tinggi itu membuktikan keadilan masih hidup dalam sistem Undang Undang Negara , Satu cara sahaja untuk menukar menteri besar , Undi tidak percaya , Kita sedar bahawa Bekas Speaker Perak tidak meluluskan Usul undi tidak percaya terhadap Nizar sebelum ini .Ini bermakna Beliau masih Menteri besar yang sah Walaupun beliau sudah kehilangan majoriti seperti yang diakui beliau sendiri baru baru ini ..

6 langkah segera yang diambil beliau Setelah diistihar MB yang Sah Adalah :

-memecat Penasihat Undang-undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta.

- Pihaknya akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah yang diputuskan hari ini dan meminta restu baginda.

- Semua keputusan yang dibuat oleh Zambry sepanjang beliau menjawat jawatan Menteri Besar secara tidak sah akan dikaji semula dan tidak dianggap tidak sah sehingga notis seterusnya diberitahu kelak kecuali keputusan berhubung mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Mei lalu.

- Meminta Zambry dan Exco-exco lain untuk mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah.

- Mesyuarat Exco akan diadakan dengan segera

- Pihaknya tetap berpegang bahawa DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009.


Saya mencadangkan DUN perak dibubarkan dengan segera dan rakyat negeri Perak diberi mandat untuk memilih kerajaan pilihan mereka semula , tidak malu kah main belakang ? Sudah Anwar menunjukkan mainan kotor dengan rancangan 16 september, takkan BN pun mau ikut ? Ini orang bilang From Wrong to Wrong .

Nizar saya percaya akan berhadapan dengan Usul Undi tidak percaya dalam masa terdekat oleh wakil BN ..Apa apa pun beliau sudah kehilangan Majoriti Mudah Bila 3 wakil rayat PR mengistiharkan mereka BEBAS BN . BN 31 - PR 28 di PERAK
apa apa boleh terjadi Tunggu dan Lihat !!

Saya percaya rampasan kuasa BN kali ini adalah pencabulan Hak dan Mandat Rakyat di negeri Perak !

No comments:

Post a Comment