Wednesday, May 13, 2009

Congratulation DAD!!


Me & Dad

Tahniah setinggi tingginya kepada Bapa saya, Datuk Ewon Ebin yang juga Naib Presiden UPKO yang dilantik sebagai Menteri Kementerian Luar Bandar Yang baru menggantikan Datuk seri panglima Pairin Kitingan yang berpindah ke kementerian Infrastuktur. Seperti yang diumukan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman petang tadi, saya juga ingin mengucapkan Tahniah kepada Gundohing Donald Monjuntin yang dilantik Pembantu Menteri Kewangan yang baru. Ingin saya panjangkan ucapkan tahniah kepada YB DCM Baru Datuk Pang, yang melakukan impak yang besar dalam politik tanah air, hanya 2 tahun menjadi wakil rayat telah memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri. Perjalanan politik datuk nampak cerah. Tahniah.

Datuk Jainab(UMNO) berpindah dari Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian ke Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat manakala Datuk SP Micheal Asang(PBS) yang sebelum ini memegang jawatan Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur berpindah kejawatan baru sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian.

Saya berharap Tuhan akan memberi semangat dan kesihatan yang lebih baik kepada bapa saya untuk meneruskan tugas beliau dengan lebih baik kepada rakyat sebagai Menteri Kementerian Luar bandar SABAH yang baru. Congrats DAD!

3 comments: