Wednesday, April 8, 2009

BN Masih tercari cari rentak ..

Keputusan 3 pilihanraya kecil di kedua-dua bukit dan juga di Batang Ai telah pun diketahui ,
Parlimen Bukit gantang Kecundang lagi dengan majoriti lebih besar , Begitu juga Nasib Bukit selambau , Ternyata hanya Batang Ai yang mampu memberi Bn sikit udara untuk bernafas .

Keputusan adalah seperti Berikut :

Bukit Selambau
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah , calonnya, S Manikumar, 35, menang dengan majoriti 2,403 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) dan 13 calon Bebas .

Bukit Gantang
PAS memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mendapat 21,860 undi, manakala calon BN Ismail Saffian mendapat 19,071 undi.

Batang Ai
Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan selesa dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, apabila calonnya, Malcom Mussen Lamoh, 49, menang dengan majoriti 1,854 undi.Jumlah majoriti yang diperolehi itu juga lebih sekali ganda meningkat berbanding majoriti 806 undi yang diperolehi BN dalam pilihan raya umum negeri bagi kerusi berkenaan pada 2006. kenaikan besar majoriti di Dun Batang Aii menunjukan bahawa Sabah Sarawak masih Kubu Kuat Barisan Nasional .

Nampaknya Barisan Nasional masih tidak mampu untuk membuat apa apa impact walaupun sudah melakukan peralihan kuasa dan kepimpinan tertinngi Umno .Mampu Barisan Nasional kembali Berdiri ? Saya berharap PM Najib dapat mencari Rentak secepat mungkin .
Mungkin Bekas perdana Menteri Pak Lah hanya mampu tersenyum melihat keputusan malam tadi .=)

p/ s : Ingat Tanpa Sabah Sarawak Tiada Barisan Nasional......

No comments:

Post a Comment