Kita semua mesti akur bahawa kita sebagai rakyat Sabah perlu mendesak semua jawatan Ketua Jabatan Persekutuan d Sabah hendaklah dilantik dari kalangan Sabahan anak jati sabah
Selain itu saya berpendapat , kuasa melantik mereka harus diberi kepada anak jati sabah , termasuk seluruh kakitangan di bawahnya hendaklah diserah kepada Kerajaan Negeri Sabah melalui Suruhan Jaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah atau agensi selari denganya di sabah .Saya tidak berniat untuk membawa sentimen kenegerian disini tetapi sekadar menuntut hak yang sepatutnya kita dapat.
Kita mesti ingat bahawa konsep Sabah for Sabahan dalam erti lain Borneonisasi dalam perkhidmatan awam di sabah secara keseluruhannya harus dilaksana setulus tulusnya sebagaimana terkandung dalam Perjanjian Malaysia dimana penjanjian itu melibatkan (sabah + Sarawak+ semenanjung = Malaysia ) .Saya bukan bermaksud rakan dari Semanjung sana disekat dan dihalang untuk bertugas d sini. Cuma Kita Minta keutamaan mengisi jawatan perkhidamatan awan di sabah mesti mengutamakan orang Sabah terlebih dahulu. Pegawai-pegawai kanan pun ramai yang berasal dari Semenanjung walaupun ramai Pegawai dari Sabah yang layak tetapi Pegawai Semenanjung juga yang terpilih. Adakah mana-mana ahli politik pernah bersuara mengenai perkara ini? Sebabnya?,
Mungkin kita secara langsung kurang sedar betapa pentingnya peranan seseorang kakitangan kerajaan .Mereka adalah pelayan kehendak rakyat jelata , mereka la yang dikatakan sebagai pelaksana kehendak dan keperluan rakyat . Mengapa pentingnya sabahan untuk memegang jawatan tertinggi di dalam pentadbiran negeri , kerana mereka lebih faham tentang masalah yang dihadapi oleh orang mereka sendiri berbanding bukan orang asal . Macam mana seorang wakil rakyat YB membawa masalah rakyat di dalam pentadbiran kerajaaan , tetapi sistem perlaksanaan , dan orang orang di dalam sana tidak peka dengan keperluan , dari segi kelulusan ,mempercapatkan pemprosesan dan permohonan maka sia sialah usaha seseorang wakil rakyat itu .
Saya berasa sedih kerana isu-isu seperti Borneonisasi, bantahan terhadap penubuhan JPLB, JPPS, Sentimen Sabah untuk rakyat Sabah masih tidak difahami oleh orang kita , ada yang beranggapan ianya isu remeh temeh! Bangunla wahai anak anak sabah !
Tuesday, May 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
rakyat sabah harus diutamakan dalam pentadbiran negeri sabah. jawatan dalam perkhidmatan awam disabah haruslah diberikan kepada rakyat sabah, kerana mereka lebh memahami keadaan negeri sabah berbanding orang lain. pada masa kini banyak jawatan-jawatan utama di sabah bukan terdiri daripada rakyat sabah.
ReplyDeletememang benar kebanykan jawatan-jawatan utama di Sabah dipegang oleh orang dari semenanjung. perkara inilah salah satu punca kepada masalah yang wujud di sabah dan sarawak. seperti isu status agama dalam mykad di sabah timbul kerana perkataan Bin atau Binti. hal ini timbul kerana pegawai-pegawai di JPN adalah orang dari semenanjung, mereka sebenarnya tidak memahami budaya dan keadaan di sabah di mana perkataan Bin atau Binti diguna pakai oleh orang bukan muslim juga.
ReplyDeleteI agree that Sabahans should be given priorities in our own lands. It is unfair to us if the governmental posts are given mostly to West Malaysians while local people are equally qualified.
ReplyDeletememang betul rakyat sabah yang harus berkhidmat di negeri mereka sendiri, meeka lebih memahami keadaan negeri mereka sendiri berbanding orang lain. jawatan2 utama disabah harus dipegang oleh mereka
ReplyDeletedikatakan bahawa keutamaan perjawatan awam di negeri sabah tidak diberikan kepada sabahan walaupun berkelayakan...berkelayakan disini mempunyai maksud yang meluas...berkelayakan juga boleh didefinisikan kepada pengalaman seseorang, akademik, 'skills', kebolehan membuat keputusan dan lain2...persoalannya, adakah mereka (sabahan) tidak dipilih untuk menjawat mana2 perjawatan berdasarkan kepada kelayakan ini atau terdapat agenda/ sebab lain? adakah mereka yang dikatakan layak menjawat sesuatu perjawatan itu benar2 berkelayakan?
ReplyDeletekalau melihat pada konteks 1Malaysia, sesiapa sahaja yang difikirkan layak untuk menjawat sesuatu jawatan di sabah adalah tidak salah tanpa mengira sama ada dia adalah sabahan atau bukan... mungkin ini adalah satu pendekatan yang digunapakai untuk membentuk bangsa malaysia..namun, sekiranya seseorang itu layak, harus diberi peluang...dan juga sentimen perkauman/kuota dalam memberi pekerjaan harus dihapuskan untuk peluang yang lebih adil bagi semua...diharap hal ini dikaji semula oleh pihak berwajib..
ReplyDeletememang benar rakyat sabah perlu diberikan peluang, namun keutamaan perlu diberikan kepada yang benar2 layak. sabahan perlu lebih berdaya saing dan tingkatkan prestasi. jika benar kerajaan ingin meningkatkan produktiviti, diskriminasi dalam jabatan perlu dihapuskan.
ReplyDeleteyang lebih dikesalkan bila ada jabatan2 kerajaan di sabah yang hanya memberikan peluang pekerjaan kepada kenalan, keluarga atau saudara sedangkan yang jauh lebih berkualiti diabaikan permohonannya. kerajaan perlu ambil tindakan tegas terhadap ketua mana2 jabatan yang mengamalkan budaya diskriminasi kerana ianya boleh menjejaskan reputasi jabatan dan bertentangan dengan konsep 1 malaysia.
ReplyDeleteRakan rakan sekalian , Kita sedar bahawa konsep 1 Malaysia adalah keistemwan semua rakyat adalah sama , tidak kira bangsa dan agama , namun pada masa ini, kita tidak nampak konsep itu.Bagaimana jawatan tertinggi kerajaan di sabah di pegang oleh orang semanjung dan bukannya sabahan ?
ReplyDeleteKita menghargai jasa jasa kakitangan kerajaan yang berasal semenanjung yang telah berjasa di sabah sebagai contoh guru guru yang dihantar mengajar di pendalaman sabah seperti tongod , kampung pendalam semporna dan hanya sekolah yang dapat dihubungu melalui kereta pacuan 4wd..Cuma kita minta utamakan kami rakyat Sabah untuk memegang jawatan kerajaan di sabah.
Sabahan for Sabahan !
It is sad to see that the position in the State's Departments were hold by a West Malaysian. Unfair, discrimination and bias. It should be Sabahans who hold Government higher positions as it was stated in the 20-Points safeguard. But the Feds tends to ignore this and still posting WM to hold the post. I think the Govt should starts to look at Sabahans who is qualified and had the quality to lead all Government departments in the State.
ReplyDeleteMemang tak dinafikan hal ni berlaku. Jadi saya harap dgn terpampangnya keluhan ni dalam blog (media elektronik), harap2 kerajaan akan bg perhatian yg serius nanti.
ReplyDeleteSabahan for sabah, so logiknya mmg patut sabahan dapat peluang kan. Tapi itupun kalau sabahan tu betul2 layak lah. Klaau tak, susah juga - tak pasal2 negeri kita dilanda badai pula. hehheee
ReplyDeleteSetuju mr corn. Kalau da org dalam, baru senang dapat kerja. Yang tak best tu, kalau org yg diserap masuk tu hebat, tak pa juga ni... kin panas, buat kerja pun lambat. huhu
ReplyDeleteApapun saya harap hal ni dapat diperbaiki la.
Saya betul2 harap peluang kerja dapat diberi kepada sabahan bah.
ReplyDeleteLagipun inikan negeri kita, so inilah masanya kita buktikan yang kita juga mampu menyumbang kepada pembangunan negeri. Tapi... lama da ku apply kerja gov, tak dapat2 :( huhuhu
Tapi saya kerja juga lah, biarlah swasta yg penting tak menganggur. hehehe
Saya betul2 harap peluang kerja dapat diberi kepada sabahan bah.
ReplyDeleteLagipun inikan negeri kita, so inilah masanya kita buktikan yang kita juga mampu menyumbang kepada pembangunan negeri. Tapi... lama da ku apply kerja gov, tak dapat2 :( huhuhu
Tapi saya kerja juga lah, biarlah swasta yg penting tak menganggur. hehehe