Thursday, February 18, 2010

Datuk Kalakau Untol Tinggalkan Barisan Nasional

Teka teki yang bermain di fikiran kebanyakkan ahli ahli parti UPKO terjawab hari ini apabila Bekas Ketua Pemuda Parti UPKO yang juga bekas Timbalan Menteri Buruh Persekutuan, Datuk Kalakau Untol telah mengadakan sidang akhbar di Kelab Tamparuli, Sabah untuk mengumumkan perletakan jawatan dan keanggotaannya dalam parti UPKO dan Barisan Nasional berkuatkuasa hari ini.

Beliau juga turut mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Superpanel (Sabah) Sdn Bhd di bawah kementrian perumahan tempatan dan Ahli Lembaga Pengarah di Sabah Economic Development Corporation (SEDCO)

Keyataan Datuk Kalakau

“Saya percaya dengan kewujudan kerjasama para pemimpin parti-parti politik di luar Barisan Nasional iaitu Pakatan Rakyat akan melakarkan dan mewujudkan satu trend dan sIstem dwi-parti dalam masa yang terdekat di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat,” ujar beliau.

Beliau menambah, “dengan kewujudan sistem dan trend politik sedemikian akan melakarkan trend politik yang lebih baik. Ia akan memberi suatu pilihan yang jelas, pilihan yang lebih objektif kepada rakyat Malaysia. Saya percaya dengan perubahan itu, negara akan lebih mendapat manfaat untuk menentukan suatu dasar yang lebih sesuai yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara.”

Kalakau juga menyatakan bahawa semua pemimpin dari Sabah sejak penubuhan Negara Malaysia iaitu 46 tahun yang lalu telah melakukan yang terbaik dan termampu untuk mempertahankan hak-hak Negeri Sabah dan memajukan Negeri Sabah.

Hanya seperkara yang agak mendukacitakan dirinya ialah seperti yang diketahui umum, bahawasanya pucuk pimpinan negara dan sebilangan pemimpin Persekutuan sejak dahulu lagi tidak begitu serius dan tidak komited dengan saranan-saranan serta tuntutan-tuntutan para wakil-wakil Ahli Dewan Rakyat dari Sabah dan pihak Kerajaan Negeri Sabah sendiri.

Beliau penuh yakin dengan kesepakatan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dalam konvensyen yang pertama dihadirinya yang telah diadakan pada 2009, di mana dalam konvensyen berkenaan telah memutuskan di antaranya bersetuju untuk menyemak semula kepentingan-kepentingan Negeri Sabah dan Sarawak; sejajar dengan 20 Perkara untuk Sabah dan 18 Perkara untuk Sarawak.

Beliau sesungguhnya yakin agenda ini hanya dapat diselesaikan dengan pembentukan sebuah Kerajaan persekutuan di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat.

Dengan berbekalkan keyakinan inilah, Kalakau mengambil kata putus dan berhasrat menyertai Pakatan Rakyat demi merakyatkan dasar perjuangan Pakatan Rakyat yang menyeimbangkan kepentingan rakyat Malaysia.

Menjawab satu pertanyaan dari wartawan kenapa beliau memilih PKR tidak memilih SAPP menjadi ahlinya, Datuk Kelakau berkata, "Masa kini saya belum menjadi ahli mana-mana parti politik, tapi saya tertarik dengan halatuju Pakatan Rakyat untuk merakyatkan ekonomi negara, merakyatkan dasar Kerajaan Pakatan Rakyat kalau Pakatan Rakyat memerintah kelak."

"Saya tidak ada apa-apa masalah dengan parti UPKO, tapi saya tidak setuju dengan dasar dan halatuju Barisan Nasional yang dikongkong oleh para pemimpin UMNO, maka itu salah satu sebab mengapa saya lepaskan keanggotaan saya dalam UPKO," kata Kalakau menjawab soalan pemberita.

Bila diasak pertanyaan oleh para pemberita Kalakau menjawab, "Saya sangat yakin kepimpinan Pakatan Rakyat boleh menyelesaikan kebanjiran PTI di Sabah jika Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat memerintah Kerajaan Pusat PRU13 nanti".

Kalakau menafikan bahawa beliau meninggalkan UPKO kerana dipengaruhi oleh siapa-siapa yang jelas katanya bahawa beliau tidak yakin dengan prinsip perjuangan Barisan Nasional. Katanya setakat ini, beliau belum bersedia menyertai mana-mana parti politik dan bersikap ‘tunggu dan lihat.’

Bercakap mengenai kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim sebelum sidang akhbar bermula, Kalakau berkata, "Semua orang tahu kes liwat Anwar telah dijadikan bahan mainan politik Barisan Nasional. Ini tuduhan yang kedua setelah mereka gagal dalam tuduhan pertama."

Turut hadir di sidang akhbar ini, Haji Ansari Abdullah, Ketua Cabang PKR Tuaran. Mengakhiri sidang akhbar ini, beliau menjemput para wartawan dan hadirin yang hadir untuk suatu acara kemuncak bersama kepimpinan Pakatan Rakyat yang mana antara yang di jangka hadir, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang dan YB Datuk Seri Hj Hadi Awang pada 28 Februari di Golden Hope, Tuaran.

p/s : Saya kagum dengan datuk kalakau kerana berani meletakan semua jawatan di dalam kerajaaan demi memperjuangakan nasib rakyat Sabah .Di atas nama prinsip dan Hilang kepercayaan kepada BN kerana dikongkong oleh parti UMNO.Upko kehilangan seorang pemimpin yang berkaliber dan berfikiran jauh , namun rakyat sabah mendapat satu pemimpin yang bakal memperjuangankan nasib mereka tanpa ada batasanya .

3 comments:

  1. Maju pejuang, maju tanahair!
    Maju tanahair, rakyat terbela!
    Majulah Sabah demi rakyat Sabah!

    ReplyDelete
  2. tahniah satu keputusan yang tepat..sememangnya sebagai anak muda negeri sabah inilah yang kita mahukan, kami anak muda sudah bosan, boring,meluat dan terkilan dengan kepimpinan negeri dan persekutuan yang jelas hanya menguntungkan sebelah pihak...terus terang saya katakan saya suka barisan nasional tapi saya benci pada UMNO....zaman kempimpinan umno yang kononnya dan perjuangannya kini tidak lagi boleh di terima masa kini.. UMNO dulu jauh lebih baik daripada UMNO klon pada hari ini...buktinya mana suda 1 malaysia yang diwar-warkan oleh UMNO sebagai alat peppaduan sedangkan gereja pun di bom.

    Komen daripada,
    Tuan Tommy Amir,
    Ketua Komulakan Beluran.

    ReplyDelete
  3. Mana the great datuk dompok ? yang kononya satu satunya pemimpin yang berani ? bila keluar ? atau gimik mendapat projek di kimanis pipeline melalui macainya montis group . mana wilfred tangau ? keluar la resign dari bn, letak jawatan semua dalam agensi kerajaan .dompok letak jawatan menteri , donald justin ewon ebin majigoh , keluar la , tidak juga berani ,pasal semua mau guna peruntukkan kerajaan juga untuk parti .

    dompok tatap kalah di penampang ,bongkos malakun mau lawan , justin guka juga begitu .teo mau sing apa punya yb ni. kalau upko tanding pun mungkin tinggal beberapa kerusi sahaja.

    mr george justin kg sinulihan

    ReplyDelete