Thursday, April 23, 2009

Pak Lah Bakal Kosongkan MP Kepala Batas ?

Megikut Sumber sumber yang boleh dipercayai Pak lah akan Mengundurkan diri sebagai MP kepala batas dalam tempoh terdekat ini .

Pak Lah mula menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas sejak tahun 1978 menjadikannya antara Ahli Dewan Rakyat paling lama berkhidmat iaitu selama lapan penggal berturut-turut.
PakLah diwar warkan akan meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Kepala Batas selewatnya pada awal Jun 2009 iaitu menjelang sidang Dewan Rakyat.

Sejarah Politik Pak lah Secara Ringkas :

Pak Lah pernah digugurkan daripada Kabinet mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1987 walaupun memenangi jawatan Naib Presiden Umno kerana beliau mengambil keputusan untuk memihak i Team B yang diketuai oleh Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah namun beliau tidak menyertai Semangat 46 .Pak lah juga memenangi kerusi Naib Presiden Umno pada 1990 menyebabkan Tun Dr Mahathir tiada pilihan dan terpaksa melantik beliau ke Kabinet sebagai Menteri Luar. Seterusnya Timbalan Perdana menteri Sehingga la memegang tampuk tertinggi Pemerintahan Negara Sebagai Perdana Menteri .
Beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Untuk Memberi laluan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil alih tampuk pemerintahan Negara.

Pada rancangan awal beliau sepatutnya meletakkan jawatan Ahli Parlimen Kepala Batas ketika melepaskan jawatan Perdana Menteri. Agak mengharankan juga jika beliau yang berpangkat Tun duduk bersama-sama dengan Ahli Parlimen yang lain , Daripada pada kerusi perdana menteri dipindahkan mungkin di sebelah MP Kinabatangan ? YB Sabah yang lantang Bersuara ..

Apa Apa pun Kita Tunggu dan Lihat , Jika ada Pilihanraya di Parlimen Kepala Batas sekalipun , saya rasa tiada Masalah untuk BN menawan kerusi itu semula jika diambil kira majoriti Pak Lah pada Pilihanraya yang Lalu.

No comments:

Post a Comment