United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation
Baru baru ini ada cadangan daripada beberapa bahagian supaya Nama parti UPKO - United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation Diubah .Hal ini kerana Upko sudah melebarkan sayapnya ke semenanjug Malaysia seperti di Perak , Johor , Selangor .Dan jika tidak ada apa apa halangan upko juga akan bakal melebarkan sayapnya ke sarawak dalam masa yang terdekat ini .
Antara nama yang telah dicadangkan untuk diubah adalah 1 United PasokMomugun Organisation .2 United PasokMomugun Kinabalu Organisation. 3 United PasokMomugun Kimaragang Organisation. 4 United pasokMomugun Kebangsaan Organisition.
Apa rasionalnya nama party upko ini diubah ? hanya kerana kita melebarkan sayap kita ke semenajung Malaysia ? Saya mengambil contoh parti UMNO melebarkan sayapnya ke sabah pun tidak menukar nama partinya . Mengapa perlu menukar KadazanDusunMurut itu kepada sesuatu yang lain ?
Ada yang mengatakan sebab kita memasuki ni zaman moden, kita mau kasi hilang tu identiti yg bersifat perkauman .Ada yang mengatakan generasi zaman globalisasi ni mau nama yg tidak berunsur perkauman.
Bagi saya istilah kadazandusunmurut dalam nama parti tidak semestinya menjadikan kita racist atau anti kaum lain , sebaliknya kita bangga dengan identiti kita dan belajar hormat kaum lain, sebab kita juga mahu bangsa lain hormat kaum kita .
Pasok Momugun sudah dengan jelasnya merangkumi semua bangsa dan kaum bumiputra atau peribumi di seluruh Malaysia .
Jadi apa rasionalnya nama ini patut diubah ?
Jika ini tidak diambil serius oleh ahli majlis tertinggi upko , saya berasa amat sedih sebagai salah satu ahli parti .
Jika sekarang nama upko ditukar ,adalah tidak mustahil Lambang parti Upko juga akan ditukar pada masa akan datang , Hal ini kerana lambang parti Upko adalah Lambang Gunung Kinabalu , Mahu kah orang semeananjug, orang sarawak menerima lambang parti Upko sekarang iaitu Gunung Kinabalu ? Sudah tentu tidak.
Ini Sudah lari daripada perjuangan Asal ! Baru melebarkan sayap ke semenanjung sudah mau tukar nama ! Istilah PasokMomogun sudah cukup untuk menyatakan bahawa upko berjuang untuk Seluruh raykat Malaysia !penukaran nama akan bermaksud bahawa halatuju dan perjuaangan asal parti akan berubah dan tidak releven lagi .
Ahli majlis tertinggi UPKO tidak boleh tergesa gesa membuat keputusan mengubah nama parti Upko, tanpa mengambil kira padangan Umum ahli-ahlinya .
Friday, November 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sudah tukar bosku
ReplyDelete