Friday, October 16, 2009

WHY M.C.A

MCA TANPA PEMIMPIN !


Saya tertarik dengan krisis kepimpinan tertinggi parti terbesar kaum Cina di dalam Barisan Nasional baru baru ini .

Presiden pari , telah memecat timbalam presiden parti kerana isu skandal seks , persoalaanya kenapa ini tidak dilakukan sebelum pemilihan parti tahun lalu ?
Datuk seri Chua Soi lek menang jawatan timbalan presiden , ini bermakna beliau telah dimaafkan dan diterima oleh perwakilan MCA.Pada hemat saya bagi masyarakat Cina mempunyai gundik atau perempuan simpanan adalah perkara biasa bagi masyarakat Mereka.Sedangkan Maharaja Cina mempunyai puluhan ribu Gundik.

MCA telah mengadakan EGM tergempar mereka dan :
Para perwakilan MCA hari ini mengundi menyokong usul undi tidak percayai terhadap Presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat, dan menolak usul melantik semula Datuk Seri Chua Soi Lek ke jawatan timbalan presiden
Seramai 1,155 perwakilan mengundi menyokong usul tidak percaya terhadap Tee Keat, manakala 1,141 satu lagi menolaknya. Terdapat lapan undi rosak.
Manakala 1,184 perwakilan mengundi menolak Soi Lek dilantik semula ke jawatan timbalan presiden, manakala 1,110 perwakilan menyokongnya. Terdapat 10 undi rosak.

Bagi usul kedua, 1,204 perwakilan mengundi menolak pemecatan/penggantungan keahlian Soi Lek, manakala 1,095 menyokongnya. Terdapat 5 undi rosak.




Ini bermakana Ong telah hilang kepercayaan oleh para perwakilan MCA , namun begitu ,dalam perlembagaan MCA , ianya memerlukan 2/3 undi perwakilan untuk menyingkirkan presiden secara automatik

Datuk seri Chua juga gagal mendapat balik jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden tetapi diterima sebagai ahli MCA semula.

Datuk Liong pula dilantik sebagai timbalan presiden baru MCA oleh majlis presiden MCA .

Persoaalanya adakah Ong akan meletak jawatan seperti yang telah beliau katakan jika beliau kalah undi tidak percaya ? Adakah hanya Ong sahaja yang patut menangung semuanya kerana majlis presiden yang membuat keputusan secara kolektif.

Funny MCA song by Allen Comedy Court

http://www.youtube.com/watch?v=7EjB0w5mAxA

1 comment: