Wednesday, June 10, 2009

Ah Long !!


Bayar!! Spray Ahlong !

Saya tertarik dengan Isu Ah long atau lebih dikenali sebagai peminjam duit mudah yang mengenakan bunga yang tinggi kepada para peminjam peminjam wang mereka .Kebanyakan Mereka ini terdiri daripada orang orang yang berduit dan berpegaruh di kalangan masyarakat di kawasan mereka menjalankan aktiviti aktivi mereka .

Saya tertarik dengan kenyataan beberapa persatuan yang NGO dan beberapa individu yang menyalahkan punca kegiatan Ahlong semakin berleluasa adalah disebabkan Oleh sistem pemprosesan Pinjaman Bank amat sukar dan tidak Munasabah .Institusi kewangan dibidas teruk oleh orang orang tertentu untuk meraih populariti dan mencari publisiti murahan .

Banyak Masalah yang bakal dihadapi oleh para peminjam wang yang tidak mampu untuk membayar wang pinjaman mereka dalam tempoh yang telah dijanjikan , Terbukti baru baru ini seorang remaja dimana hanya dengan berpinjamkan RM 2000 , hutang beliau boleh mencecah hingga RM 10000 dalam tempoh dua bulan ? WOW . Yang tidak masuk akal wang itu dipinjam untuk membeli HP !! berbaloikah kah geng ? Insiden di semenanjung Malaysia dimana para pemiutang digari leher mereka seperti binatang , ditendang , dipukul , sehinggalah hutang mereka dilangsaikan oleh keluarga mereka . Ada cerita hanya kerana tidak mampu membayar mengikut masa dijanjikan , tangan dipotong oleh peminjam wang di depan ahli keluarga beliau di semenanjung Malaysia .

Persoalaan saya mengapa kita harus menyalahkan pihak Bank seratus peratus ? Mengenakan syarat yang ketat dalam proses peminjaman wang pada hemat saya adalah wajar ? Hal ini kerana bank sebagai institusi yang mengutamkan keuntungan pasti mahukan satu gurrantor yang wang dipinjamkan oleh mereka dapat dikutip semula , Tahu kah tuan tuan berapa banyak peminjam wang yang tidak mampu membanyar hutang mereka di banh ? Jika saudara , mahu kah saudara pinjamkan wang saudara kepada kawan kawan yang ingin meminjamkan wang , tetapi tiada jaminan yang beliau mampu membayar balik wang saudara ? kalau RM 100 mungkin boleh la , Kalau sampai RM 2000 -3000 ? Macam ada berani ?

Bagi para peminjam pula , jika tahu sudah tiada keupayahan dan tidak mampu membayar balik pinjaman , Buat apa nak pinjam duit banyak banyak , Ukur baju dibadan sendiri la. Jika anda pasti anda mampu membayar balik dan beban membayar itu tidak begitu berat mungkin boleh dipertimbangkan .Yang ingin menjalankan bisnes besar besaran , baik mulakan dengan kecil kecilan , tidak salah buat kecil kecil , yang penting ada di tahap yang selamat .

Janganlah sikap bergaya dan ego dalam kehidupan membawa anda ke jalan yang Menyakitkan .Dan apabilan menghadapi masalah serupa menyalah orang lain dan seolah olah diri sendiri tidak bersalah .

Saya secara peribadi ada banyak kawan kawan Ahlong ni , mereka memberitahu saya , saya buat kerja ahlong pasal saya kesian tgk orang kampung mau hidup, You pg Tamu keningau ,tanya mana drang ambik duit ? tanya itu drebar drbar bas di terminal siapa pinjam diorang duit beli susu anak ? kerajaan kah ? , mau modal buka perniagaan , mau tolong meraka urgent familya sakit , Kami yang berhati mulia mau tolong orang dianggap jahat di mata masyarakat kata mereka merungut .
Bukan semua Ahlong potong olang maa .

Bisnes Kad Ahlong , Taktik baru !

Kebanyakan ahlong ini , ada connection dalam dengan pihak polis , itu la mereka berani melakukan perbuatan menugut dan menjalankan kegiatan haram ini .
Apa Apa pun nasihat saya Fikir la baik baik !

No comments:

Post a Comment