Friday, March 13, 2009

Kurup Kekal MP Pensiangan

Kekal MP Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup


Tan Sri Joseph Kurup kekal sebagai ahli Parlimen Pensiangan selepas Mahkamah Persekutuan membatalkan keputusan Mahkamah Pilihanraya September lalu mengisytiharkan keputusan pilihanraya bagi kerusi tersebut batal dan tidak sah.
Bagaimanapun, pindaan pada undang-undang pilihanraya membolehkan Kurup - timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah - yang juga timbalan mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.Petisyen itu difail oleh calon PKR, Danny Anthony Andipai, yang juga calon bagi kerusi tersebut.Beliau menamakan Kurup, pegawai pengurus pilihanraya Bubudan OT Majalu dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai responden.Kurup menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon pada 24 Februari tahun lalu apabila keras pencalonan Andipai ditolak kerana diserahkan selepas jam 10 pagi (masa tamat penyerahan borang).
Dalam satu kes lain, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan seorang pengundi bagi membatalkan keputusan Mahkamah Pilihanraya yang mengetepikan petisyennya encabar kemenangan calon Barisan Nasional, Datuk Dr Yee Moh Chai sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah bagi kawasan Api-Api dalam pilihanraya umum 8 Mac ahun lalu.
Dr Yee, yang merupakan Menteri Pembangunan Sumber Sabah dan Timbalan residen Parti Bersatu Sabah, menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat, Christina iew, dengan kelebihan 174 undi.
Petisyen itu difailkan oleh Audrey Karen Barry yang mendakwa wujud unsur asuah atau ugutan am oleh Dr Yee atau ejen-ejen beliau, termasuk mencetak dan enyebarkan risalah mengandungi kenyataan palsu dan hasutan.
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nik Hashim Nik Abdul Rahman mengumumkan kedua-dua keputusan itu.
Pada 12 Februari lepas, panel Mahkamah Persekutuan terdiri Nik Hashim, Tan Sri lauddin Mohd Sheriff dan Datuk Arifin Zakaria, mendengar penghujahan daripada edua-dua pihak dan menangguhkan sehingga hari ini untuk mengumumkan keputusan





Jadi tiada Pilihanraya kecil Pensiangan yang ditunggu - tunggu oleh ramai pemerhati politik ..Taniah Kepada Tan Sri Joseph Kurup, teruskan Perjuangan.

No comments:

Post a Comment