Sunday, March 29, 2009

Merokok lebih Hina Dari Lembu - Nik Aziz


Siapa Siapa yang Merokok itu apa komen kamu bila seorang tokoh agama negara membandingkan Kamu lebih Hina daripada Lembu . Jika Keluarga kamu ayah atau abang abang kakak kakak , adik adik dikata hina daripada lembu kerana menghisap rokok apa reaksi anda ?
Jika dipandang dari segi positif nasihat beliau ini sebenarnya ingin menyedarkan bahawa merokok itu membahayakan kesihatan . Berhenti la merokok wahai kawan kawan .


Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan . Menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu kata Menteri Besar Kelatan @ Nokhanda parti Islam Semalaysia PAS .

"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran"Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah). "Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini. Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment