Saya ada besembang sembang kosong dengan seorang pemimpin kampung terpencil di pendalaman baru baru ini , saya amat terkejut dengan cadangan beliau agar kamu jual saja tanah keluarga kamu , atau kamu ambil saja itu tanah kerajaan , ataupun tanah orang lain yang tidak diusahakan . lepas itu kamu usahakan saja itu tanah , contoh tanam kelapa sawait , tanam getah , tanam sayur , atau lakukan sesuatu untuk memajukan tanah tersebut .Dan bila pemilik tanah itu mahu mengambil tanah itu , kita lapor sama kerajaaan , kononnya tanah kita telah diceroboh oleh pihak pihak luar, Minta Yang Berhormat kewasan masing masing campur tangan , gunakan media massa seperti yang diguna meluas di dalam dunia siber ini . Panggil Pemimpin pemimpin pembangkang untuk menyuarkan isu ini , maka mereka tidak akan berani ambil ini tanah Kononnya .
Alasan mereka
1 tanah adat
2 tanah mereka yang usahakan
3 Mengatakan ada kubur keluarga mereka disana
4 buat / warkah sumpah berdarah
5 besarkan isu ini di media massa
Saya katakan pandangan saya , jika geran tanah sudah keluar ,dan ada pemilik , mereka pasti kalah di mahkamah , mereka katakan jangan takut , kita ada pemimpin pembangkang yang boleh buat bising di Dada akhbar , media alternatif , ataupun suru pemimpin kita sendiri untuk berdiri membawa isu ni , maka makin popular la pemimpin kita ,kata beliau .
Saya secara peribadi merasakan ini tidak betul dan tindakkan yang kurang bijak , jika semua orang berfikiran begini susah la bangsa dan negara .
Fikir jika tanah kamu diambil orang ? terus mereka mengatakkan itu tanah adat mereka , tanah keluarga mereka ? tanah sumber pendapatan mereka ? apa perasaaan kamu ?
Thursday, November 19, 2009
Thursday, November 12, 2009
Berhenti Jual tanah !
Saya secara peibadi berasa bimbang akan nasib masyarakat pribumi @ orang asal @ Orang kita ,Yang berkemungkinan menjadi ‘pelarian di negeri sendiri’, jika keghairahan menjual tanah gagal dikawal maka masyarakat pribumi bakal menghadap masalah besar kelak.
Dalam tempoh 10-20 tahun akan datang , masa depan penduduk Pasok Momugun ini berada di tahap Kritikal dan menakutkan. Penjualan tanah di daerah pendalaman ini semakin berleluasa dan menjadi jadi , ekoran daripada tawaran harga tinggi yang diberikan oleh pembeli. Contoh Rm 2 ribu Seekar juga sudah cukup lumayan bagi orang orang kampung ini.
Pada masa ini ,kita dapat menyaksikan banyak geran geran tanah telah berpindah tangan kepada pembeli-pembeli daripada semenajung. Bagi pendapat saya proses penjualan tanah harus diperketatkan , contoh mengenakan syarat syarat tertentu dalam usaha menyelamatkan masa Peduduk Pasok momugun.Saya juga amat kesal kerana ada Orang kita sendiri yang sanggup menadi Orang tengah bagi pembeli dengan orang Kampung yang menjadi dalang dan pengkhianat dalam hal ini.
Penduduk Kampung harus ingat tanah yang dimiliki oleh penduduk merupakan amanah yang diberikan oleh kerajaan. Bukan semua orang diberi tanah , dan ia harus dijaga dengan baik, dan sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan sosio ekonomi ,sumber pendapatan mereka, disamping menjadi tanah untuk generasi mereka pada masa akan datang.

Subscribe to:
Posts (Atom)