Saya pertama sekali berasa amat dukacita apabila melihat Sasterawan Negara, Pejuang-pejuang Bahasa yang telah menghadiri Perhimpunan Kononnya 100 ribu orang ini untuk membantah pembelajaran matematik serta sains dalam Bahasa Inggeris. Melihat pejuang bahasa yang dilempar dengan gas pemedih mata sahaja sudah cukup meyayat hati.
Persoalan saya pada pihak yang membuat kesimpulan bahawa pengajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris akan mengurangkan perkembangan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.. Hilang kah Bahasa Melayu jika mata pelajaran sains dan maematik diajar dalam Bahasa Inggeris?
Mata pelajaran sains dan matematik pada pendapat saya tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya Bahasa Melayu. Berapa banyak patah perkataan yang diperlukan dalam mata pelajaran matematik? Seperti yang sedia makluk, cara menjawabnya sememangnya menggunakan cara penyelesaian pengiraan.Tidak mungkin hanya kerana pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris akan melumpuhkan Bahasa Melayu.
Dakwaan pelajar-pelajar luar bandar tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris adalah satu penghinaan kepada orang-orang luar bandar. Sebagai contoh daerah Ranau, daerah terpencil tetapi telah melahirkan begitu banyak graduan-graduan yang berjaya ada yang menjadi pemimpin, ada yang menjadi peguam, doktor dan macam-macam lagi dan mereka ini bukan sahaja fasih berbahasa Melayu tetapi juga fasih berbahasa Inggeris.
Jika orang-orang kita tidak mahu menguasai Bahasa Inggeris, mereka tidak akan sama sekali berpeluang menjadi Duta, diplomat , pegawai pegawai kita yang mewakili Negara ke negara negara luar ,Satu pembaziran. berapa ramaikah graduan hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar ? seperti yang didakwa Dr Mahathir ? pendapat saya di sabah kita tidak ada masalah untuk menghadapi hal hal sebegini , hanya orang yang berfikiran pendek dan cuba mempolitikan isu ini.
Tetapi ada beberapa isu yang perlu diselesaikan disini :
Masalah isu yang sebenarnya tentang PPSMI adalah pemahaman pelajar terutama kepada pelajar sekolah rendah untuk faham Sains dan Matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris
Jadi kerajaan harus menguatkan lagi teknik tenik pengajaran kepada guru guru yang bertanggungjawab , seperti menganjurkan Krusus -Krusus yang sepatutnya.
Saya fihamkan oleh seorang sahabat bahawa RM4 billiondiperuntukkan oleh kerajaan untuk perlaksanaan 5 tahun pertama.. dimana ianya dibelanja untuk software multimedia PPSMI, komputer/notebook/projektor/Alat alat yang berkaitan, latihan guru ... Adakah ini satu lagi pembaziran kepada duit rakyat ? Fikir Fikirkan lah ....
Kawan kawan sekalian jangan la kita sesekali perjudikan masa depan anak-anak kita dengan alasan pengajaran dalam sains dan matematik dalam bahasa inggerish akan kononya mengapuskan bahasa melayu .Apa keputusan hari ini , Generasi masa depan yang akan menikmatinya betul ataupun salah keputusan kita pada hari ini.
Adakah Demonstrasi sudah mulai menjadi duri dalam daging di negara kita ? adakah kita berjalan ke hadapan , atau megundur ke belakang seperti apa yang berlaku di Indonesia dan Thailand ? .Ubah Sebelum Parah ! . Ubah Demi Bangsa Dan Negara