Saya secara peibadi berasa bimbang akan nasib masyarakat pribumi @ orang asal @ Orang kita ,Yang berkemungkinan menjadi ‘pelarian di negeri sendiri’, jika keghairahan menjual tanah gagal dikawal maka masyarakat pribumi bakal menghadap masalah besar kelak.
Dalam tempoh 10-20 tahun akan datang , masa depan penduduk Pasok Momugun ini berada di tahap Kritikal dan menakutkan. Penjualan tanah di daerah pendalaman ini semakin berleluasa dan menjadi jadi , ekoran daripada tawaran harga tinggi yang diberikan oleh pembeli. Contoh Rm 2 ribu Seekar juga sudah cukup lumayan bagi orang orang kampung ini.
Pada masa ini ,kita dapat menyaksikan banyak geran geran tanah telah berpindah tangan kepada pembeli-pembeli daripada semenajung. Bagi pendapat saya proses penjualan tanah harus diperketatkan , contoh mengenakan syarat syarat tertentu dalam usaha menyelamatkan masa Peduduk Pasok momugun.Saya juga amat kesal kerana ada Orang kita sendiri yang sanggup menadi Orang tengah bagi pembeli dengan orang Kampung yang menjadi dalang dan pengkhianat dalam hal ini.
Penduduk Kampung harus ingat tanah yang dimiliki oleh penduduk merupakan amanah yang diberikan oleh kerajaan. Bukan semua orang diberi tanah , dan ia harus dijaga dengan baik, dan sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan sosio ekonomi ,sumber pendapatan mereka, disamping menjadi tanah untuk generasi mereka pada masa akan datang.
Thursday, November 12, 2009
Friday, November 6, 2009
Saya tidak setuju Nama UPKO diubah !
United Pasokmomogun Kadazandusun Murut OrganisationBaru baru ini ada cadangan daripada beberapa bahagian supaya Nama parti UPKO - United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation Diubah .Hal ini kerana Upko sudah melebarkan sayapnya ke semenanjug Malaysia seperti di Perak , Johor , Selangor .Dan jika tidak ada apa apa halangan upko juga akan bakal melebarkan sayapnya ke sarawak dalam masa yang terdekat ini .
Antara nama yang telah dicadangkan untuk diubah adalah 1 United PasokMomugun Organisation .2 United PasokMomugun Kinabalu Organisation. 3 United PasokMomugun Kimaragang Organisation. 4 United pasokMomugun Kebangsaan Organisition.
Apa rasionalnya nama party upko ini diubah ? hanya kerana kita melebarkan sayap kita ke semenajung Malaysia ? Saya mengambil contoh parti UMNO melebarkan sayapnya ke sabah pun tidak menukar nama partinya . Mengapa perlu menukar KadazanDusunMurut itu kepada sesuatu yang lain ?
Ada yang mengatakan sebab kita memasuki ni zaman moden, kita mau kasi hilang tu identiti yg bersifat perkauman .Ada yang mengatakan generasi zaman globalisasi ni mau nama yg tidak berunsur perkauman.
Bagi saya istilah kadazandusunmurut dalam nama parti tidak semestinya menjadikan kita racist atau anti kaum lain , sebaliknya kita bangga dengan identiti kita dan belajar hormat kaum lain, sebab kita juga mahu bangsa lain hormat kaum kita .
Pasok Momugun sudah dengan jelasnya merangkumi semua bangsa dan kaum bumiputra atau peribumi di seluruh Malaysia .
Jadi apa rasionalnya nama ini patut diubah ?
Jika ini tidak diambil serius oleh ahli majlis tertinggi upko , saya berasa amat sedih sebagai salah satu ahli parti .
Jika sekarang nama upko ditukar ,adalah tidak mustahil Lambang parti Upko juga akan ditukar pada masa akan datang , Hal ini kerana lambang parti Upko adalah Lambang Gunung Kinabalu , Mahu kah orang semeananjug, orang sarawak menerima lambang parti Upko sekarang iaitu Gunung Kinabalu ? Sudah tentu tidak.
Ini Sudah lari daripada perjuangan Asal ! Baru melebarkan sayap ke semenanjung sudah mau tukar nama ! Istilah PasokMomogun sudah cukup untuk menyatakan bahawa upko berjuang untuk Seluruh raykat Malaysia !penukaran nama akan bermaksud bahawa halatuju dan perjuaangan asal parti akan berubah dan tidak releven lagi .
Ahli majlis tertinggi UPKO tidak boleh tergesa gesa membuat keputusan mengubah nama parti Upko, tanpa mengambil kira padangan Umum ahli-ahlinya .
Subscribe to:
Posts (Atom)
