Friday, October 2, 2009

Penggunaan istilah ‘Allah’

Sekadar untuk pengetahuan tambahan.
Penggunaan istilah ‘Allah’

Untuk menghormati keputusan sebulat suara yang telah dibuat dalam mesyuarat Ketua-ketua Gereja Malaysia tahun 1985 (yang ditaja oleh PBM) dan Perundingan Kuching antara Ketua-ketua Gereja tahun 1989 (yang ditaja oleh Persekutuan Kristian Malaysia (Christian Federation of Malaysia) mengenai penggunaan istilah ‘Allah’, PBM selaku suruhan Gereja-gereja Malaysia, mengakuri keputusan tersebut. Dari sudut ilmiah pula, istilah ‘Allah’ yang dipinjam dari Bahasa Arab sebenarnya serumpun dengan nama Tuhan dalam Bahasa Ibrani – ‘El’, ‘Elohim’, ‘Eloah’ seperti dalam Perjanjian Lama Ibrani. Penganut Kristian di Arab, sebelum wujudnya agama Islam, telah berdoa kepada Allah, sementara ‘Allah’ pula digunakan oleh penulis teologi Kristian dalam Bahasa Arab. Penggunaan istilah ‘Allah’ oleh penganut Kristian wujud sebelum adanya Islam. Tambahan pula, ‘Allah’ adalah nama Tuhan dalam Alkitab Bahasa Arab yang lama mahu pun yang moden (Versi Arab Terkini). Oleh itu, penganut Kristian di Mesir, Lebanon, Iraq, Indonesia, Malaysia, Brunei dan tempat-tempat lain di Asia, Afrika dan sebagainya, di mana bahasa yang digunakan ada hubungan dengan bahasa Arab, telah menggunakan istilah ‘Allah’ bila merujuk kepada Tuhan Pencipta dan Bapa kepada Tuhan Yesus Kristus. Akhirnya, dalam bahasa Melayu dan Indonesia, perkataan ‘Allah’ telah digunakan selama ini: pada mulanya dalam edisi cetak Injil Matius dalam Bahasa Melayu (Ruyl, 1629), kemudiannya dalam Alkitab Melayu lengkap yang pertama (Leijdecker, 1733), seterusnya dalam Alkitab Melayu lengkap yang kedua (Klinkert, 1879) dan terjemahan-terjemahan selepas itu.

Jadi secara teknikal nya memang tidak ada sebab penggunan istilah Allah oleh agama agama lain di malaysia tidak dibenarkan .Kerajaan harus mengambil serius perkara ini.
Mana kebebasan beragama kalau begini ?
http://www.bible.org.my/updates/body

Thursday, October 1, 2009

Khairul Azman Mohamaed Mengharap Simpati Anda

Sudut hati Saya terpanggil untuk menulis di dalam blog ini bahawa bekas WIRA negeri Sabah memerlukan simpati para peyokong negeri sabah untuk membiayai pembedahan Lutut beliau.

Bekas penjaga gol itu perlu RM16,000 untuk menjalani pembedahan

JIKA ikut perasaan hati, dia masih mahu menabur bakti kepada negara. Jauh di lubuk hatinya masih menyimpan rasa sayang akan pasukan kebangsaan.

Namun, kini pada usia 41 tahun Khairul Azman Mohamad sudah tidak mampu memerah keringat membantu pasukan negara, apatah lagi kecederaan lutut yang tidak pernah susut memaksa dia melupakan terus niat berkenaan.

Namanya tidak perlu diperkenalkan kerana menjadi penjaga gawang antara digeruni satu ketika dulu.

Dia mula berjinak dengan bola sepak pada usia 17 tahun dan bangga dipilih menyertai skuad remaja Pahang pada 1985. Ketangkasannya melayangkan badan menepis bola membantunya dipilih pemain terbaik remaja dan menyarung jersi negara pada Kejohanan Sekolah Asean di Jakarta, tahun yang sama sebelum menyertai skuad kebangsaan pada 1991.

Sejak itu, dia menunjukkan peningkatan mendadak dan menjadi sebutan peminat tanah air, termasuk selepas membantu Pahang menjuarai Piala Malaysia 1992 serta dipilih pemain terbaik Piala Malaysia pada 1996 mewakili Sabah.

Kepada warga HMC dan peminat bolasepak negara yang prihatin boleh menderma menerusi akaun Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) untuk kempen 1Ringgit 1Malaysia, 564847005696 (Maybank) atau disalurkan menerusi SMS dengan menaip YAKEB1, YAKEB2, YAKEB5 atau YAKEB10 (RM1, RM2, RM5, RM10) ke 33898.tujuan utk bagi peluang kpd penyokong sabah yg menghargai jasa khairul utk memberi sumbangan pada beliau melalui YAKEB...

Saya masih ingat ketika saya berumur 12 tahun , saya selalu pergi ke stadium likas untuk menyokong jika ada perlawanan bola berkaitkan SABAH.Seingat saya saudara Yanick Anuar dan teman seperti lionel , Jomey yang selalu menenmankan saya di stadium.Ada masa kami sanggup jalan Kaki pulang pada waktu malam , maklum la masa itu budak budak lagi..hehehehe.=)

Semoga Khairul azman Cepat sembuh untuk menempuhi penyakit beliau. =)